Anda mesti pernah dengar tentang Pulau Aoshima atau Pulau Kucing di Jepun, bukan? Tetapi adakah anda tahu jika negara matahari terbit itu juga terdapat desa rubah?
Terletak di pergunugan Zao berdekatan wilayah Shiroishi, Miyagi, terdapat sebuah 'desa' yang dihuni lebih 100 ekor haiwan dan enam jenis rubah! Pengunjung pasti tidak akan menyesal melawat ke Zao Kitsune Mura atau Desa Rubah tu. Pengunjung akan disambut rubah-rubah ini yang datang dengan pelbagai variasi jenis dan warna. Ada rubah yang akan cuba mendekati anda dan ada juga yang 'malu-malu kucing' serta cuba melarikan diri. Anda akan dapati kebanyakan daripada mereka sedang tidur atau merehatkan diri. Comel saja kan!
Kepada pengunjung yang ingin melihat haiwan itu dengan lebih dekat, ia adalah tempat yang paling sesuai ditambah pula kesempatan untuk memberi makanan kepada mereka. Bagaimanapun, anda harus ingat! Rubah adalah haiwan liar dan dikhuatiri mereka mungkin akan menggigit anda. Ada yang betul-betul liar dan ganas, namun ada juga yang akan menjauhkan diri daripada pengunjung. Di desa itu juga terdapat sebuah kuil serta beberapa arca rubah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah lama menghuni desa berkenaan. Perjalanan dari Stesen Shiroishi ke Desa Rubah itu mengambil masa 20-30 minit sahaja dengan menaiki kereta atau teksi. Bagi anda yang sukakan pemandangan dan suasana hidupan liar, bolehlah berkunjung ke Desa Rubah itu! - CARI
|
40
Bagus |
30
Marah |
31
Terkejut |
32
Sedih |
40
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shanshero replied at 14-2-2017 02:31 AM
rubah ni sejenis anjing kecil yang ramai celebrity
bela tu kaan. dia suka diriba
ADVERTISEMENT