CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pernah Terfikir Mengapa Anda Sering Mengantuk Selepas 'Lunch Hour'? Ini Sebabnya!

13-2-2017 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5743| Komen: 24|Original author: Oleh: Maly Rosli

Biasanya selepas makan pasti kita akan berasa mengantuk bagaikan makan ubat tidur pula. Nampaknya bukan sahaja kepenatan membuat kita berasa mengantuk, malah jenis makanan diambil juga mempengaruhi perasaan mengantuk itu.


Portal Bright Side menyenaraikan sembilan jenis makanan menyebabkan kantuk terutama jika dimakan bersama:


1. Produk Tenusu

Foto: IG anechkaparetskaya

Dalam banyak-banyak produk tenusu, keju paling berkesan menyebabkan kantuk kerana kaya dengan kalsium. Menurut portal eHealthMe, jika dimakan dengan biskut, maka bertambah-tambahlah rasa kantuk anda kerana biskut mengandungi karbohidrat yang akan meningkatkan fungsi triptofan (asid amino perlu).



2. Badam

Foto: https://i0.wp.com

NCBI melaporkan, badam kaya dengan triptofan, sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin atau dikenali sebagai 'hormon tidur'. Di samping itu, kacang ini kaya dengan magnesium untuk meregangkan ketegangan otot dan membuat anda berasa mengantuk.


3. Pisang

Foto: Carian Internet

Menurut portal Livestrong, pisang mengandungi gula, kalium, dan magnesium yang akan memudahkan triptofan memasuki ke dalam otak, sekali gus menyebabkan rasa kantuk.


4. Walnut

Foto: http://namyen.com.vn

Walaupun kandungan triptofan dalam walnut kurang daripada badam, ia mengandungi melatonin. Kajian NCBI mendapati walnut meningkatkan kandungan hormon melatonin dalam darah, lalu menyebabkan anda merasa mengantuk.


5. Buah Ceri

Foto: Fox News

Medicalexpress mengatakan buah ceri tinggi dengan kandungan melatonin. Bagaimanapun jika dimakan terus, ia tak memberi kesan kantuk kepada anda, namun anda akan berasa seperti mengambil ubat tidur sekiranya meminum jus ceri.


6. Teh Bunga Kamomil

Foto: Amazine.co

Menurut NCBI, bunga kamomil mengandungi glycine, sejenis asid amino yang mengandungi efek sedatif ringan, sekali gus membantu melegakan otot dan sistem saraf.  Selepas mengambil secawan teh kamomil, anda akan berasa mata menjadi sangat berat.


7. Biji labu

Foto: Simply Recipes

Selain mengandungi triptofan, biji labu mengandungi sejumlah besar zink dan magnesium. Portal Sleeprate menyatakan biji labu membantu anda berasa tenang sehingga boleh terlelap.


8. Nasi Putih

Foto: Tribun Timur - Tribunnews.com

Nasi putih mengandungi Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I) yang tinggi dan boleh menyebabkan kantuk dalam tiga hingga empat jam selepas dimakan. Menurut ajcn.nutrition, kajian mendapati beras wangi lebih cepat membuat anda berasa mengantuk.


9. Ikan Yang Berminyak

Foto: IG vivianktosh

Asid yang terdapat dalam ikan salmon, tuna dan mana-mana ikan berminyak lain meningkatkan penghasilan melatonin. Portal Livestrong melaporkan asid ini mengurangkan kandungan hormon stres, sekali gus membuat anda berasa seperti mahu melelapkan mata.


Patutlah jika diperhatikan, kebanyakan orang akan kelihatan tidak bermaya selepas waktu rehat. Rupa-rupanya selepas kenyang makan nasi, ia akan membuat kita berasa mengantuk. - CARI
7

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 13-2-2017 05:05 PM
aku tak mkn pape pun ngantuk gak..
Quote WhiskeyScotch 13-2-2017 05:08 PM
Nasi putih mmg confirm lepas makan mengantuk. Selalu terjadi dekat I.
Quote kiramira 13-2-2017 05:51 PM
Mkn nasi putih utk lunch, mengantuk minum kopi tp lagi amplify pula mengantuk tu..
Quote insulin 13-2-2017 06:10 PM
Sedapnya kacang walnut....
Quote siskepoh 13-2-2017 06:27 PM
laa yeke.patotla. tp xmkn mknann tu pon sis ttap mengantuks
Quote RatuDunia94 13-2-2017 07:03 PM
Sbenarnya ngantuk ubatnya tidor la.. Amik nap 15 minit gitu waktu lunch.. Tp.masalahnya sempat ke? Hahaha
Quote gigahertz 13-2-2017 09:09 PM
WhiskeyScotch replied at 13-2-2017 09:08 AM
Nasi putih mmg confirm lepas makan mengantuk. Selalu terjadi dekat I.

normal ke lepas makan nasi lemak lepas tu megantuk?
Quote WhiskeyScotch 13-2-2017 09:24 PM
gigahertz replied at 13-2-2017 01:09 PM
normal ke lepas makan nasi lemak lepas tu megantuk?

I selalu lepas makan nasi lemak mengantuk. Based on my experience, normal la kot.
Quote gigahertz 13-2-2017 09:29 PM
WhiskeyScotch replied at 13-2-2017 01:24 PM
I selalu lepas makan nasi lemak mengantuk.  Based on my experience, normal la kot.

i sarapan makan apple.
Quote Artemesiaa 14-2-2017 12:39 PM
Kalau makan nasi terlebih memang mengantuk
Quote tayam 14-2-2017 01:58 PM
harrypoter replied at 13-2-2017 05:05 PM
aku tak mkn pape pun ngantuk gak..

ngantuk sbb lapar
Quote shi_jewel 14-2-2017 02:16 PM
minum kopi kat stabak, kompom tak ngantuk
Quote nyanyan 14-2-2017 03:55 PM
rasanya dari 9 tu punca utama kat Malaysia ni Nasi Putih je
Quote comel90 14-2-2017 09:03 PM
Lepas makan msti rasa nak tidur
Quote faztee 15-2-2017 04:37 PM
ye dr snarai tu ns le punca utama mengantuk..asl lps lunch hour abis je start le ngantuk..time rht idok pulak dia nk ngantuk..tu singgah msuk CARI..hilang ngantuk
Quote chipsmoremore 15-2-2017 04:52 PM
Mokcik lepas pekena nasi kandar konpem ngantuk....
Quote Gadis_sarawak 15-2-2017 05:02 PM
Kalau terlebih kenyang aku mengantok..tapi jarang la ngantuk sebab tak lunch kat ofis..lunch luar ofis..xreti nak memerap kat ofis during lunch..beku otak..time rehat pn bos leh pas kje lagi tak reti orang nak berehat..
Quote Teru2Bozu 15-2-2017 11:09 PM
paling kritikal bila pas makan nasik ayam. perghh.. tersengguk2 depan PC.
Quote siape_aku 16-2-2017 09:30 AM
ekceli tghari mmg perlu nap (tidur sekejap) dlm 15 ke 20 minit camtu pastu streching...tapi kalo dh mengantuk....xde makneye 15 minit .....harus sampai ke pukul 2 ptg.... org kate minum nescafe or kopi leh buat mate cerah..aku minum bercawan2 steady je terus masuk tido .....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043616 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top