CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penunggang Agama Buat Duit, Tawar Pakej Doa Pasti Makbul Di Mekah

15-2-2017 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18415| Komen: 36|Original author: Oleh: Myra Rozi

Demi mengejar wang ringgit dan kemewahan dunia, pelbagai perkara sanggup dilakukan orang zaman sekarang sampai sanggup melariskan perniagaan atas nama agama.

Kalau sebelum ini kita lihat pelbagai produk yang dijual dikaitkan dengan sunnah dan ajaran Islam, kali ini sebuah laman di Facebook pula mencipta kelainan tersendiri apabila sanggup mendoakan apa sahaja yang anda mahukan di depan Kaabah dengan bayaran yang tinggi!

Ia khusus ditawarkan kepada mereka yang sudah penat berdoa namun belum berjaya memperolehi apa yang dihajatkannya.  Apa yang menariknya doa tersebut dijamin akan makbul! Jika tidak makbul, anda boleh mendapatkan jaminan pulangan wang kembali.

Berikut merupakan golongan yang menjadi sasarannya:


Antara keistimewaannya termasuklah: 
Malah, ada juga beberapa testimoni yang disenaraikan berjaya mendapatkan jodoh, mendapatkan jawatan besar, menjadi jutawan, mendapat cahaya mata dan sebagainya selepas menggunakan servis darinya.

Terdapat pelbagat pakej antaranya Pakej Multazam, Pakej Hijir Ismail dan Pancuran Emas, Pakej Maqam Ibrahim, Pakej Rukun Yamani dan Hajar Aswad, Pakej Solat 5 Waktu, dan Pakej Masjidil Haram.

Semua pakej ini bermula dari RM2000-RM5000.

Walau bagaimanapun, servis yang ditawarkan syarikat ini mendapat kecaman hebat dari netizen.

 
Rata-rata menggelarnya sebagai 'penunggang agama'. Menurut anda pula bagaimana? Gunakanlah nikmat akal yang dikurniakan untuk menilainya sendiri ya. -CARI
10

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
21

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-2-2017 11:18 AM
nk tgk sikit muka penunggang agama nI!
Quote Lorra2411 15-2-2017 11:19 AM
omg, lagi satu penunggang agama
Quote ckenj 15-2-2017 11:27 AM
memain diorg ni ngn agama..budget guna agama ade org tepedaya la tuh...haishh...pelik tul org2 skrg nih...
Quote zameyla 15-2-2017 11:46 AM
ada orang percaya ka?? kalau percaya memang bangang la...
Quote AbukRokok 15-2-2017 11:59 AM
okla tu bayar 5000 mintak doa makbul tuhan bagi kekayaan bernilai 1 juta dalam tempoh setahun
win win situation
Quote kaspar0v 15-2-2017 12:03 PM
mcm2 orang skang buat duit
Quote miemiecha 15-2-2017 12:09 PM
dasat org buat duit skrg yekk, sampai agama pun jd bahan..
Quote CiliPadiSedap 15-2-2017 12:11 PM
jual agama.. menjawab dalam kubur..
Quote krustykrab 15-2-2017 12:26 PM
money back guarantee ke? kalau ye, hakak nak try
Quote Elle_mujigae 15-2-2017 12:50 PM
finally..now we come to this... tunggu masa je sebenarnya orang nak ambil kesempatan dgn sikap perangai orang Melayu khasnya... kita kat forum Cari yg baca iklan ni mesti wondering ada ke orang nak bayar perkhidmatan mereka ni..so ridiculous kan...but guess what, ada je orang2 yg akan bayar mereka utk berdoa di Mekah ni..  dalam buku ZA'BA bertajuk Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, beliau sendiri sudah menulis akan perihal sikap orang Melayu yang suka bergantung kepada orang lain termasuk perkara yg berkaitan dgn kesejahteraan diri pada hari Akhirat... Buku ni ditulis  hasil dari pemerhatian beliau terhadap masyarakat pada masa hayatnya..tapi hanya diterbitkan selepas 8 tahun pemergiannya sbb kontroversi Risalah Pertama yg beliau pernah terbitkan sebelum itu..

kita dah  baca buku ni..tidak lah setuju sepenuhnya especially pasal hal syafaat Rasulullah SAW tapi mmg pedas la tulisan beliau dlm buku ni...asyik ber huhu dan ouch ouch je masa baca.... dan kini  dah terbukti apa yg beliau tulis itu dgn wujudnya perkhidmatan kirim doa di Mekah di zaman ini...
Setiap orang perlu baca buku ni ..boleh dapatkannya di kedai DBP..atau search kat fb ada banyak seller yg jual.antaranya kedai Di Warung Buku...harganya RM15 sahaja...











Quote Elle_mujigae 15-2-2017 01:07 PM
bila baca balik iklan tu,seriously I rasa sgt ridiculous..come on.. tak logiknya.. I think ni mesti troll sahaja kan?? please tell me this is a troll...
Quote eragon 15-2-2017 01:24 PM
hoh.. kalau dah charge sampai 5 ribu, baik beli pakej umrah je. dapat duk makkah 2 minggu, berdoa sendiri depan kaabah setiap waktu solat.
Quote blythes 15-2-2017 02:00 PM
Seriously?
Quote salmon-suki 15-2-2017 02:37 PM
Elle_mujigae replied at 15-2-2017 12:50 PM
finally..now we come to this... tunggu masa je sebenarnya orang nak ambil kesempatan dgn sikap peran ...

Mmg ada je sis..xyah bace buku za'ba pun kite dapat agak..just tgk d sekeliling kite je...observe perangai2 meke ni...kt institusi sndiri,brp ramai y betul2 take inisiatif utk berjaya,y atas2 suh y bawah2 je setelkan keje depa...even institusi family sendiri anak duk sebok mtk duit mak bapak tp keje malas..sementelah benda2 gini,msti ada y terpengaruh...nak2 dorg ne gune agama,org y kurg kefahaman dlm beragama mungkin akn beli 'servis' ne...

Tp kite btul2 geram tgk penunggang2 agama ne...sbb kezen kite penah kne tipu ngn set2 gni,janji lain last2 dpt untung projek,janji pun melayang..
Quote ms.mango 15-2-2017 02:47 PM
Teringat drama al kazzab
Quote EncikRhoma 15-2-2017 02:54 PM
bukan iklan troll ke? kat mana entah baca tak ingat
Quote RatuDunia94 15-2-2017 03:19 PM
Ape beza berdoa kt rumah dgn kat mekah? Bukan tuhan tu ada kt mana2 ke?
Quote ctsueraya 15-2-2017 03:31 PM
nauzubillahiminzalik
harap takde ummah yang terpedaya

apa gunanya ikhtiar, doa , usaha dan tawakal kalau pasti doa tu akan termakbul??

renung-renungkan dan selamat beramal
Quote Leo_Gurlz 15-2-2017 03:58 PM
Kemain confident doa termakbul. Ada orang berulang kali pergi mekah pon doa tak makbul lagi. Doa mana2 pon still Allah makbulkan doa.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056160 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top