CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Tiang Elektrik, Wanita Maut Kejar Peragut

15-2-2017 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6756| Komen: 55

Gara-gara cuba mendapatkan semula barangnya, mangsa ragut maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar peragut di Kampung Pak Elong, Bachok di Kelantan, hari ini (Rabu) pada jam 8.15 pagi.


Menurut Harian Metro, Siti Rohani Wahab, 54, cedera parah di kepala selepas motosikalnya melanggar tiang elektrik ketika mengejar peragut terbabit.


Foto: Harian Metro

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut saksi, Syuhada Abd Malik, 24, dia yang sedang bersarapan di kedainya melihat bagaimana motosikal mangsa dari arah Kampung Telong ke Universiti Malaysia Kelantan dihimpit seorang lelaki sebelum terlanggar tiang elektrik.

"Saya berlari ke arah mangsa yang terbaring di jalan dan mendapati dia sudah menghembuskan nafas terakhir," katanya kepada Harian Metro.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata mangsa meletakkan begnya di dalam raga motosikalnya sebelum diragut seorang lelaki.

"Mangsa mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh," katanya.

Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sementara kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI

13

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 15-2-2017 12:58 PM
kerap tunjuk mangsa ragut berjaya jd wira mngkin akak ni harap kesudahan yg sama. sekali sheols yg malang
Quote jofizo 15-2-2017 01:01 PM
pakailah box givi kt belakang.... dh byk sgt dh kes ragut brg dlm bakul or hand carry...

apapun takziah n al-fatihah
Quote tayam 15-2-2017 01:45 PM
Allahu..kesiannya
Quote esbatu 15-2-2017 01:54 PM
takziah kepada keluarga arwah
Quote ronapink 15-2-2017 01:56 PM
ganti dengan nyawa..

orang nak ragut, biar la, pentingkan nyawa dulu..

takziah
Quote rosasa 15-2-2017 02:01 PM
al fatihah...semoga keluarga bertabah

semoga peragut digilis treler
Quote Star_el 15-2-2017 02:01 PM
"motosikal mangsa dari arah Kampung Telong ke Universiti Malaysia Kelantan dihimpit seorang lelaki sebelum terlanggar tiang elektrik."
aku baca cerita saksi tu mcm dia dihimpit then dia crash?
cmne tau 800 m dia kejar peragut tu?ada kamera ke saksi lain?
Quote kuzaime 15-2-2017 02:07 PM
Innalillahiwainnalillahiroji'un.. Takziah buat keluarga..
Bahaya letak beg dlm bakul motosikal tu..kalau nk letak jugak, balut ngan plastik biasa2 pun x apa..biar x nmpk rupa beg. Org kalau dah nk meragut, asal nmpk mcm rupa beg dia sebat aje terus..x kiralah walau isi dlm tu x seberapa..
Quote insulin 15-2-2017 02:10 PM
Takziah kepada keluarga mangsa...
Quote mixed 15-2-2017 02:16 PM
dah byk kali kan kes beg ltk dlm raga
mmg org x alert kan takziah al fatihah

Quote chinta89 15-2-2017 02:18 PM
iols dlu kaau bawak motor. letak beg dlm raga. tindan ngn jaket. lps tu lilit besi jurai2 pjg tu, lilit kat raga 2-3 kali. lock ngn mangga. gegeh buat utk keselamatan bag, bila nk breti mana2 gegeh jugak bukak lock ngn juraian besi

nk dijadikan malangnya nasib iols, satu hri tu iols ter malas.. baru lps isi myk motor. terus handbag kena sambar.   duk pk ala opis depan tu je (kalau jln kaki seminit je sampai). haaaa lainkali jgn malas! cuai sekali, padahnya bsedu sedan tiada guna
Quote bihun_goreng 15-2-2017 02:28 PM
kalau pakai tudung pun hati-hati jalan bersendirian.kalau boleh jangan bawak handbag. ustazah aku dulu cedera parah pasal jalan di bandar, kemudian peragut dari belakang lingkupkan tudung dia bagi tertutup muka, kemudian tolak dia.dah dengan tudung terlingkup tutup muka, orang tolak lagi. terjelepuk jatuh kejalan raya dan diragut. habis teruk muka dia bengkak.
Quote emelia1509 15-2-2017 02:30 PM
takziah..bertabahlah family..

Quote exclusive_vvip 15-2-2017 02:42 PM
chinta89 replied at 15-2-2017 02:18 PM
iols dlu kaau bawak motor. letak beg dlm raga. tindan ngn jaket. lps tu lilit besi jurai2 pjg tu, li ...

mungkin rezeki u,bukan malang...kalu time tu peragut tu ragut beg u yg lock di raga, mungkin u cedera teruk...sebab i pun buat camtu gak,zaman2 anak dara dulu...lock beg kat raga motor...sekali kakak i kata, cerdik sgt la tu..kang peragut sambar beg,dengan kau jatuh tersungkur...bila i pikir balik,betol jugak cakap my sis tu..peragut dah la stail rentap beg..impak kalu jatuh time tu mesti kuat...terus i tak berani lock beg kat raga motor dah...simpan wallet kat dlm seat je...
Quote syadq 15-2-2017 02:42 PM
Semoga peragut dihantui sepanjang hayat. Takziah keluarga mangsa.
Quote lonely_surina 15-2-2017 02:51 PM
jahat nyer peragut..
semoga smp kiamat keturunan dilaknat Allah swt..
Quote DayangKirana 15-2-2017 03:19 PM
makin menjadi2 kes ragut.. sedih bila melibatkan nyawa..
Quote Godless 15-2-2017 03:31 PM
cara utk hapuskan peragut -> langgar sampai mampus -> claim eksiden & panik  
Quote chinta89 15-2-2017 03:43 PM
exclusive_vvip replied at 15-2-2017 02:42 PM
mungkin rezeki u,bukan malang...kalu time tu peragut tu ragut beg u yg lock di raga, mungkin u ced ...

i lock tu antara besi palang raga je. beg bawah palangan besi2 tu. hehe.. eh paham ke ape yg iols explain, mcm pening je hahaha..

x apelah nk wat cmane bukan rezeki. yg ptg iols selamat... iols kejar jauh jugak, sama2 rempit duk kejar. dia merempit sb lari, i rempit sb nk kejar

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.196856 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top