CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelar Leher Sendiri Selepas Tembak Isteri

15-2-2017 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4877| Komen: 28

Kerana mengalami tekanan jiwa, seorang lelaki menembak isterinya di kediaman mereka di Bukit Kana, Ulu Sangan, daerah Tatau, Sarawak awal pagi semalam (Selasa).

Menurut BH Online, mangsa berusia 21 tahun parah di lengan kanan manakala suspek, 30, mengelar diri sendiri menggunakan parang. 



Kejadian berlaku pada jam 4 pagi itu mula disedari penduduk kampung selepas mereka terdengar bunyi gong yang dipukul mangsa untuk meminta bantuan. 

Sejurus selepas menemui pasangan yang cedera terbabit, penduduk kampung segera memaklumkan kejadian kepada keluarga pasangan itu.

Difahamkan, dua anak pasangan itu yang berusia enam dan lapan tahun berada di rumah keluarga mangsa ketika kejadian berlaku. 


Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata polis menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama satu kelongsong peluru dan sebutir peluru hidup selain sebilah parang dipercayai digunakan lelaki itu untuk mengelar lehernya. 


Foto: BH Online

"Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana mempunyai masalah tekanan perasaan berdasarkan rekod perubatan Hospital Bintulu," katanya kepada BH Online.

Kedua-dua mangsa dan suspek dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. - CARI
5

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 15-2-2017 06:38 PM
nama daerah pun Tatau..

negeri mana pun lagi Tatau
Quote ronapink 15-2-2017 06:39 PM
kampun Kana,

Ulu Segan ni  di negeri mana
Quote ronapink 15-2-2017 06:41 PM
palu gong utk minta bantuan...Hahahaha, dah boleh agak..

negeri yang mundur 50 tahun kebelakang
Quote Knowlee 15-2-2017 06:55 PM
Boleh buat bisnis senapang. Pandai buat senapang sendiri.
Quote mirebus 15-2-2017 06:56 PM
aduhai stress lah tu..mungkin ada sakit kronik ke apa.
Quote cicicumel 15-2-2017 07:31 PM
Konpius aku tgk pic kt atas tu.mcm bontot
Quote dodolgemok 15-2-2017 07:53 PM
ronapink replied at 15-2-2017 06:39 PM
kampun Kana,

Ulu Segan ni  di negeri mana

Dah ditulis situ sarawak sis. Daerah tatau bahagian Bintulu
Quote CiliPadiSedap 15-2-2017 08:07 PM
patutnya sabah serawak kaya hasil galian minyak..hurm
Quote CrowneGlory 15-2-2017 08:12 PM
Kesiannya...negeri kaya tp maintain mundur...ragad n taib tetap di hati
Quote ronapink 15-2-2017 08:18 PM
dodolgemok replied at 15-2-2017 07:53 PM
Dah ditulis situ sarawak sis. Daerah tatau bahagian Bintulu

hahahaha...sorry..sorry,

ada hijab,xnampak sarawak tu...

sorry orang sarawak..


Quote MissNigga 15-2-2017 08:21 PM
Edited by MissNigga at 15-2-2017 08:33 PM
ronapink replied at 15-2-2017 06:38 PM
nama daerah pun Tatau..

negeri mana pun lagi Tatau

haipppp....

waktu iols kecik dulu .. sebelum my sis bersekolah rendah ... iols membesar kat Pandan .. Sebauh dan Tatau tauuu ...
after my sis started bersekolah rendah ... baru weols moved dan stayed perenantly kat Bintulu ...

really missed those places... tenteram jiwa stay kat persekitaran surounded by nature...
la ni .. dok Klang Valley ... jiwa mental kacau tau
Quote ronapink 15-2-2017 08:31 PM
MissNigga replied at 15-2-2017 08:21 PM
haipppp....

waktu iols kecik dulu .. sebelum my sis bersekolah rendah ... iols membesar kat Pan ...

hahaha..sorry, nmpk sangat fail geo..(tadi tgh bosan sama)

tempt2 mcm ni memang aman xmacm bandar2 besar..cuaca pun sejuk..

tapi ada juga kes2 stress sampai tahap membunuh ni,kes mcm ni xde support daripada family kut.
muda lagi pun..
Quote MissNigga 15-2-2017 08:36 PM
ronapink replied at 15-2-2017 08:31 PM
hahaha..sorry, nmpk sangat fail geo..(tadi tgh bosan sama)

tempt2 mcm ni memang aman xmacm band ...

iols rasa... jatey ni mmg mental sejak azali lagi kowt ...

sebab kalau area ulu segan ni ... persekitaran tak ler maju sangat pun .. masih lagi kawasan perkampungan ...
jgn tak tau ...walaupun kawasan ni agak isolated dari bandar Btu.. terdapat perkampungan melanau Islam (melanau ba'ie @ bintulu) kat kawasan ini ...
Quote giyomi 15-2-2017 08:39 PM
Iol ingatkan gmbr diatas tu du**r, rupa2nya lengan. Maafkan iol sb tak pakai cermin mata. Tp nape smpi tmbak isteri gara2 berpenyakit?
Quote ronapink 15-2-2017 08:56 PM
MissNigga replied at 15-2-2017 08:36 PM
iols rasa... jatey ni mmg mental sejak azali lagi kowt ...

sebab kalau area ulu segan ni ... p ...

oo ada perkampungan islam..

agaknya btl la mental sejak azali..

tergamak tembak isteri..pas2 kelar diri,
nak mati sama2...
Quote jazaa100 15-2-2017 08:58 PM
Edited by jazaa100 at 15-2-2017 09:03 PM
MissNigga replied at 15-2-2017 08:21 PM
haipppp....

waktu iols kecik dulu .. sebelum my sis bersekolah rendah ... iols membesar kat Pan ...


Nasib baik laba dah 'meninggal'...

Klu tidak, sure statement kau ni jd bahan sampai seiring TN50


Quote MissNigga 15-2-2017 09:05 PM
jazaa100 replied at 15-2-2017 08:58 PM
Nasib baik laba dah 'meninggal'...

Klu tidak, sure statement kau ni jd bahan sampai seiring T ...

iols langsung tak terkesan kalo si aruah laba membahankan iols ...
gambar iols berselphie kat zakarta ... nak dibahan oleh heols ... iols tersengeh jer sis
Quote mrizumi 15-2-2017 09:36 PM
mcm2 lah..
Quote bellxx 15-2-2017 09:49 PM
aaaaaaaaaaa takuttt

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043066 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top