CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram Dego Ride, Tindakan Tergesa-Gesa Pihak Kerajaan- CEO

16-2-2017 12:08 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5204| Komen: 65


Tindakan kabinet bersetuju untuk mengharamkan perkhidmatan Dego Ride, disifatkan sebagai tindakan tergesa-tesa oleh pihak kerajaan.

Demikian pertikaian yang disuarakan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berhubung pengharaman yang dipersetujui kabinet. 

Selain kesal dengan pengumuman itu, Nabil juga berkata ianya merupakan tindakan berat sebelah kerana beliau tidak diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan dan mengadakan perbincangan bersama pihak kerajaan.

Memetik laporan Bernama, katanya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Selasa memberi masa selama tujuh hari kepada beliau untuk tampil berbincang dengan kementerian berhubung perkhidmatan itu.

“Kenapa saya tidak diberi peluang untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu bagi menjelaskan berdasarkan data, fakta dan kajian?"


“Semalam Menteri Pengangkutan dan JPJ baru saja minta saya tampil bertemu dengan mereka, tetapi hari ini dah setuju untuk haramkan Dego Ride. Belum pun sampai tujuh hari."

Pada Rabu, Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' atas faktor keselamatan.- CARI

sumber foto: mstar

19

Bagus
8

Marah
33

Terkejut
10

Sedih
30

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 24-1-2017 04:05 PM
itulah. aku pun pikir kalau accident macan mana
Quote arinn 24-1-2017 04:26 PM
APO YANG DIBUEK HEH....SAMPAI TAK SODAR....TU LAH...ASIK TAHAN LORI JO KOJO HEH......KEK JALAN JEM PUN TAHAN LORI....
Quote kentel 24-1-2017 04:27 PM
gigahertz replied at 24-1-2017 04:05 PM
itulah. aku pun pikir kalau accident macan mana

motorsikal kan skrg ni smua all rider...except yang ambik 3rd party la x cover
Quote gaara_X 24-1-2017 04:46 PM
ermmm...koz yang rider bawak bahaya..mmg kebaboom laa...
Quote wajevo 24-1-2017 04:48 PM
Kenceng punya menteri.
Quote ikmanurz 24-1-2017 05:01 PM
kat golok ada dah ni.. tapi takde app.. heheh
kalau seberang naik sampan, dah ada yang tunggu sebelah sana
RM2 sekali jalan
Quote Voyagers 24-1-2017 05:03 PM
ikmanurz replied at 24-1-2017 05:01 PM
kat golok ada dah ni.. tapi takde app.. heheh
kalau seberang naik sampan, dah ada yang tunggu sebel ...

mereka bagi tak sarung kepala?

yang dego ride ni bagi kan

Quote ikmanurz 24-1-2017 05:10 PM
Voyagers replied at 24-1-2017 05:03 PM
mereka bagi tak sarung kepala?

yang dego ride ni bagi kan

sebelah sana mana pakai helmet bang...

yang dego ni ikut dari website diorang disediakan.. nak guna helmet sendiri pun boleh
Quote EJALTI 24-1-2017 05:36 PM
Dego Ride 'Haram', JPJ Diarah Ambil Tindakan - Aziz Kaprawi

http://www.mstar.com.my/berita/b ... 24/dego-ride-haram/

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 12:13 PM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
[email protected]



KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap teksi motosikal atau Dego Ride yang beroperasi di sekitar ibu negara.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, setakat ini, tiada lesen yang dikeluarkan kepada perkhidmatan mengambil penumpang menggunakan motosikal.

"Setakat ini tidak ada lesen untuk teksi motosikal. Dalam sistem ambil upah daripada penumpang, kita tidak membenarkan penggunaan motosikal.

"Kalau mereka membuat bisnes ini, maka ia sesuatu yang menyalahi undang-undang. Kita arahkan JPJ untuk mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Mines Selatan di sini, Selasa.

Perkhidmatan Dego Ride yang bermula November lalu boleh ditempah menerusi aplikasi WhatsApp, dengan kadar tambang dari RM2.50 untuk 3 kilometer (km) pertama, dan caj 60 sen dikenakan bagi setiap km seterusnya.

Ab Aziz berkata, penggunaan motosikal untuk mengambil penumpang tidak dibenarkan setakat ini kerana tiada ciri keselamatan.

"Kita tidak mahu masyarakat terdedah kepada bahaya. Bagi saya, tidak boleh menjalankan perniagaan tanpa kebenaran atau kelulusan kerajaan.

"Ia melibatkan rakyat. Kalau menggunakan perkhidmatan itu dan berlaku kemalangan nanti bagaimana pembelaan terhadap penumpang?," soal Ab Aziz.
Ditanya adakah isu teksi motosikal turut dibawa dalam pembentangan berkaitan pengangkutan awam di Parlimen akan datang, Ab Aziz berkata: "Tidak, ia hanya melibatkan Uber dan GrabCar bagi kereta sahaja."

Rang undang-undang untuk mengawal selia perkhidmatan Uber dan GrabCar dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Quote gigahertz 24-1-2017 05:37 PM
kentel replied at 24-1-2017 08:27 AM
motorsikal kan skrg ni smua all rider...except yang ambik 3rd party la x cover

ni utk cover motor bang.kalau yang rider patah riuk siapa nak tanggung?
Quote black.hitam 24-1-2017 05:44 PM
jangan risau...... apps haramjadah ini tidak akan beroperasi di terengganu & kelantan
Quote airfilterkotor 24-1-2017 05:51 PM
Ok, kami akan siasat perkara ini.
Quote Changa 24-1-2017 05:55 PM
akak lebih rela jalan kaki dari naik moto, rasa macam anytime jah boleh accident dan innalillah katak jah.
Quote shamsadis 24-1-2017 06:10 PM
kalau dapat penumpang gadis2 manja berbuah dada besar pasti seronok tekan brek depan
Quote ronapink 24-1-2017 08:02 PM
Edited by ronapink at 24-1-2017 08:05 PM

ciri keselamatan, cirii keselamatan, bersepah je mati atas jalanraya

komen kemalangan motosikal, bukan motor ambk penumpang berbayor ni,
nanti ada yg salah faham pulak,aku jg yg kena
Quote sekngucing 24-1-2017 09:43 PM
ikmanurz replied at 24-1-2017 05:01 PM
kat golok ada dah ni.. tapi takde app.. heheh
kalau seberang naik sampan, dah ada yang tunggu sebel ...

dah lama dah ni wey,  masa aku budak budak sekitar 1990-1991 dah ada dahh  
Quote sekngucing 24-1-2017 09:44 PM
Changa replied at 24-1-2017 05:55 PM
akak lebih rela jalan kaki dari naik moto, rasa macam anytime jah boleh accident dan innalillah kata ...

mcm serangga ja kan motosikal di jalan raya ni  
Quote Voyagers 24-1-2017 10:04 PM
Despite ban, Dego vows to ride on


PETALING JAYA: It was not due to any lack of trying. Motorcycle taxi service provider Dego Ride today admitted its application for a licence to operate its Uber-like service had been rejected.

Its founder, Nabil Feisal Bamadhaj, said he was informed by authorities in the transport ministry that there were no provisions under the law to grant them an operating licence.

“Of course, we don’t have a licence because we can’t apply for one.

“But we will continue to operate as usual.

“In fact, apart from sending passengers, we will also be delivering goods,” he told FMT.

Earlier today, the transport ministry ordered the Road Transport Department to take action against motorcycle taxis as the service is considered illegal.

Deputy Transport Minister Abd Aziz Kaprawi had stated that motorcycle taxis were not allowed to operate.

Nabil said if the ban persisted, 5,000 Dego employees will lose their jobs.

“So we are pleading with the government to allow us to operate.”

He said the service has had a positive impact on Klang Valley as it reduced traffic congestion.

Dego Ride was introduced on Nov 16 last year.
Quote grouper 24-1-2017 10:19 PM
Aku rasa xde masalah dego ride ni sbbnya murah n cepat. Sape yg amik dego ride ni patut tau la risikonya kan sbb bonceng moto. Lagipun aku rasa rider die xkan bwk stail mat rempit sbb dorg kan bwk org n klau yg bwk laju2 tu mesti pelanggan die yg suruh bwk laju.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.264057 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top