CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lemah Semangat Dibuatnya, Ini 10 Tangga Paling Ngeri Di Dunia

16-2-2017 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17110| Komen: 51|Original author: Oleh: Maly Rosli

Climacophobia, dan bathmophobia. Ha, mesti ramai tak pernah dengar dua istilah itu kan? Kedua-duanya merupakan fobia terhadap tangga atau tempat curam.

Tapi kalau kita tengok 10 tangga tertinggi di dunia yang dicatat portal Travel and Leisure ini, kita yang tak fobia ni pun lemah semangat nak daki. Memang menguji keberanian kita!

Kenapa? Jom tengok sebabnya.


1. Angkor Wat, Kemboja

Foto: CNN

Candi Angkor Wat yang dibina untuk agama Hindu di Kemboja ini terkenal dengan tangganya yang curam. Jadi tak hairanlah tali dipasang bagi membantu pengunjung ketika mendaki tangganya. Menurut pemandu pelancong Angkor Wat, tangga di situ sengaja dibina curam sebagai peringatan bahawa syurga itu sukar dicapai.



2. Verruckt, Kansas, Amerika Syarikat (AS)

Foto: Reuters

Kengerian berganda! Gelongsor air tertinggi di dunia ini pernah menyaksikan kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas tercampak dari gelongsor berkenaan dan jatuh pada ketinggian 50 kaki. Gelongsor itu mempunyai ketinggian 168 kaki dengan 264 anak tangga. Berani naik?


3. Air Terjun Pailon del Diablo, Ecuador

Foto: Flickr

Percayalah, anda pasti akan terpedaya dengan seni bina tangga serta keindahan pemandangan air terjun di sini! Bukan mudah ya mahu mendaki tangga batu licin berdekatan air terjun itu. 


4. Laluan Kabel Half Dome, California

Foto: http://www.yosemitehikes.com

Half Dome terkenal di kalangan pendaki. Pengunjung perlu mendaki 400 anak tangga vertikal yang hampir menegak 90 darjah dengan bantuan kabel logam. kecuraman tangga ini betul-betul ekstrim! Mereka yang memiliki masalah jantung tak digalakkan mendaki kubah ini ya.


5. Tangga Inca, Machu Picchu, Peru

Foto: Travel + Leisure

Tangga ini dibina suku Inca lebih 500 tahun lalu. Tangga yang kelihatan seperti jurang ini memiliki 600 anak tangga dibuat daripada batu granit.


6. Patung Liberty, New York

Foto: USA Today

Nak jejakkan kaki ke atas mahkota Statue of Liberty? Anda harus mengharungi 377 anak tangga berbentuk lingkaran sebelum boleh menjejaki ke puncak patung itu.


7. Stesen Janakuasa Florli, Norway

Foto: Travel + Leisure

Bukan sahaja gayat kerana memiliki 4,444 anak tangga, malah pengunjung boleh mendengar bunyi kayu retak ketika mendakinya. 


8. Gunung Huashan, China

Foto: Boredpanda

Tangga curam dibina mengelilingi gunung itu menyebabkan ia digelar sebagai 'Tangga Syurga'. Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan jumlah anak tangga di gunung setinggi 2,154 meter ini. Apa yang menarik, di puncaknya terdapat kedai teh di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan sambil bersantai-santai.


9. Balai Cerap Janssen, Mont Blanc, Perancis

Foto: Travel + Leisure

Tak mencabar sangat pun nak panjat ke balai cerap ini, apa yang menakutkan adalah lokasinya yang terletak di gunung tertinggi Pegunungan Alp!


10. Batu Caves, Malaysia

Foto: Pinterest

Malaysia pun ada tangga tinggi melangit juga tau! Gua ibadat bagi penganut agama Hindu ini memiliki 227 anak tangga dengan ketinggian 100 meter.


Selalunya nak panjat tempat-tempat tinggi ni, tidaklah sesusah ketika mahu turun semula. Betul tak? - CARI
19

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
16

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 16-2-2017 05:47 PM
rindu angkor wat.cantik kat sana.
Quote mrizumi 16-2-2017 05:57 PM
Mcm best statue of liberty tu..
Quote harkktuih 16-2-2017 08:18 PM
Kejap tangga ngeri..pastu gelongsong ngeri
Quote merrissa 16-2-2017 08:23 PM
oh my....ketaq lutut.....

batu caves tuh jah aku rasa x scary sgt....
Quote merrissa 16-2-2017 08:24 PM
yang nomboq 2 tuh terus kene katup kan
Quote WhiskeyScotch 17-2-2017 12:36 AM
Suka suka suka! I takda masalah gayat so no hal tangga-tangga curam tinggi ni.
Quote esbatu 17-2-2017 08:22 AM
patah pinggang nak naik tangga
Quote devilito2 17-2-2017 08:33 AM
batu caves naik time thaipusam... mmg mencabar
Quote carlalily 17-2-2017 10:05 AM
I ada gayat..tapi kadang2 je datang gayat tu...kadang2 ok je panjat tinggi2...tapi certain time taklah tinggi mana tiba2 je dupdapdupdap terus datang gayat
Quote Artemesiaa 17-2-2017 11:58 AM
Great wall pun kalau masuk dari entrence atau area yang berbeza ada bahagian yang tangganya tinggi menegak dan curam memang cuak sikit masa nak turun
Quote ashraf5587 17-2-2017 04:21 PM
Pada aku naik lagi senang dari turun. Kalau turun lutut nak support badan. Lama2 boleh sakit.
Quote joyahglam 17-2-2017 04:56 PM
nak naik okey lagi sbb memandang ke atas. bab nak turun, mana nk 'brek' kaki. nak pandang ke bawah. fuhhh mencabar weyy
Quote zeed 17-2-2017 08:18 PM
Ketar lutut walaupun tgk gambar je..huhuhu
Quote belon 17-2-2017 08:44 PM
siskepoh replied at 16-2-2017 05:47 PM
rindu angkor wat.cantik kat sana.

Yes..sgt cantik..
Teringin sgt nk kesana lg
Quote mummyAS91 17-2-2017 08:54 PM
tapii tangga paling ngeri adalah tangga masjid...
Quote Leo_Gurlz 17-2-2017 09:08 PM
Pic 2 tuh kalau nk turun mau ketar lutut
Quote alesandra 17-2-2017 09:42 PM
mcm rupa tangga nak panjat lady liberty tu? ..tak tunjuk pun
Quote kuzaime 18-2-2017 07:27 AM
Lg seriau masa nk turun dr masa nk naik..trsilap kaki langkah, mau berguling jatuh ke bawah..
Quote hatiluka 18-2-2017 03:46 PM
tak sangka batu caves masuk dalam senarai

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.135746 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top