"Saya tidak pernah bergaduh dengan artis dan kalau boleh saya cuba elakkan daripada terlibat dengan pergaduhan sejak daripada dulu lagi."
Begitulah kata-kata pelakon dan penyanyi Amy Mastura, 45, yang mengamalkan prinsip mengelak daripada terbabit pergaduhan sesama artis. Menurut Amy yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni, status sebagai artis senior tidak bermaksud dia boleh bersikap meninggi diri terutama terhadap 'orang baru' industri hiburan. "Saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang senior di kalangan artis baharu, jika mereka tidak bersalam dengan saya di lokasi, saya akan bersalam dengan mereka dahulu," katanya kepada mStar Online.
Bagi mengelak suasana dan perhubungan tidak sihat dalam pekerjaan, Amy sentiasa mengamalkan sikap positif. "Kalau kita tidak suka sesuatu keadaan kita tarik diri dan jangan panaskan perkara itu. Saya akui tidak boleh mengawal situasi seperti itu," katanya. Sementara itu, Amy mendedahkan dia sering menyanyikan lagu secara 'miming' sekiranya dikehendaki penganjur. "Ya saya ada menyanyi secara miming dalam majlis-majlis tertentu atas permintaan penganjur. Ada penganjur yang tidak mempunyai sistem bunyi yang cukup. "Saya tidak kisah kalau menyanyi secara live atau miming, asalkan perkara itu tidak menjadi masalah kepada penganjur," ujarnya dalam program The Sarimah Show. Wah, bagus betul Amy. Bukan mudah nak dengar artis mengakui sesuatu yang mungkin boleh mengundang kontroversi. Apapun, semoga Amy terus berjaya dalam apa jua bidang diceburi. - CARI |
16
Bagus |
16
Marah |
20
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bambimo replied at 18-2-2017 12:30 PM
gosipnya..sapa2 yg selalu ckp dia xsombong..x mendiva ni selalu bg hint akan masuk GV4:lol ...
fadz84 replied at 18-2-2017 01:30 PM
Reporter ni main tulis je ke apa yg Amy baru 15 thn dlm industri. Bkn sejak thn 1994 ke dia nyanyi. ...
ADVERTISEMENT