|
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 'tersalah tangkap' sepasang suami isteri dalam satu operasi khalwat baru-baru ini, walaupun selepas pasangan terbabit mempamerkan gambar sijil nikah mereka.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan netizen, sekali gus mengecam keras tindakan JAWI itu. Rata-rata netizen mendesak JAWI supaya memohon maaf kepada pasangan terbabit, Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26. Dalam masa sama, netizen mempertikaikan tindakan JAWI menahan pasangan berkenaan walaupun selepas mereka menunjukkan bukti pernikahan. Malahan, tindakan jabatan berkenaan disifatkan netizen sebagai 'tidak masuk akal' selain mempersoalkan tindakan pihak JAWI menyalahguna kuasa dengan merakam gambar si isteri tanpa pakaian lengkap. Terdahulu menurut Astro Awani, lapan penguatkuasa termasuk seorang penguatkuasa wanita menyerbu hotel penginapan Ridhuan dan isterinya pada 8 Januari lalu dan menahan mereka walaupun dimaklumkan pasangan itu sudah bernikah hampir tiga tahun lalu. Pasangan itu kini memfailkan saman terhadap JAWI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - CARI |





chacon replied at 17-2-2017 12:42 PM
memang prosedure tangkapan kena rekod video sebagai bukti ke? ada siapa2 buleh jelaskan

vanillaninja replied at 17-2-2017 12:54 PM
Dah kenapa nak record bagai? Nak buat koleksi peribadi? Nak viralkan? Selayaknya kena saman.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.212068 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.