Pernah tak bayangkan macam mana kalau dunia ni terbalik macam dalam filem Upside Down? Mesti pening nak mendongak sepanjang masa, bukan?
Sebuah kafe baru di Jerman menjadi terkenal di media sosial kerana seni binanya yang unik di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik. Sesuai dengan namanya, kafe Topppels yang terletak di pinggir jalan Wertheim, ia dibuka pada awal tahun ini dan mendapat sambutan di kalangan pengunjung dalam sekelip mata kerana konsep seni binanya yang unik dan mengagumkan. Bukan bahagian dalam sahaja kelihatan terbalik dan mengelirukan, malah bangunan kafe itu sendiri dalam keadaan terbalik apabila atapnya berada di bawah sementara sebuah kereta tergantung di bahagian atas bangunan tersebut.
Kafe itu dimiliki sebuah keluarga Toppels dan kesemua barangan di dalam bangunan berkenaan adalah milik mereka. Jika kedudukan bangunan itu terbalik, hiasan dalamannya lagilah mengelirukan! Seni bina dan susun atur barangan yang mengelirukan itulah yang menjadikan kafe itu unik dan dikagumi pengunjung yang diberi kesempatan bergambar di dalam kafe tersebut. Gambar selfie yang dirakam juga terlihat pelik dan aneh! Menerusi gambar diambil, pengunjung akan terlihat seperti tergantung pada siling kafe itu. Patutlah kafe itu menjadi pilihan pengunjung terutama yang gemar berselfie. Memang unik habislah gambar selfie kesemua pengunjung! - CARI
|
27
Bagus |
22
Marah |
25
Terkejut |
25
Sedih |
25
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siskepoh replied at 21-2-2017 06:25 PM
werheim tu kat mana? macam biasalah rakyat malaysia malas membaca dan nk google po n malas. hakhak
ADVERTISEMENT