CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bunga Mawar Pun Boleh Dimakan? Ini Dia Khasiatnya Yang Mengejutkan!

22-2-2017 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17063| Komen: 22|Original author: Oleh: Adib ZA


Siapa yang tidak terpesona dengan keindahan dan aroma harum bunga mawar. Warnanya juga boleh didapati pelbagai seperti merah, putih, kuning dan sebagainya. 


Pun begitu, ia bukanlah sekadar hiasan dan juga dijadikan hadiah istimewa buat si dia, ternyata bunga mawar ada kegunaan lain kepada tubuh badan manusia.  

Memetik laman Livestrong, dikatakan kelopak bunga mawar mempunyai manfaat tertentu dengan cara anda konsumsinya, atau memakannya. Terkejut?


"Kelopak bunga mawar mengandungi sekitar 95 peratus air. Kelopaknya tinggi dengan vitamin dan rendah kalori. Perubatan Cina kuno mendapati kelopak bunga mawar boleh digunakan untuk mengubati gangguan pencernaan, menyembuhkan luka dan kitaran haid yang tidak lancar," petik laman tersebut. 


Bukan itu sahaja konsumsi kelopak mawar boleh meningkat kesihatan mental. Dalam jurnal Psychology Today menjelaskan mengambil kelopak mawar akan membangkitkan rasa gembira dari dalam badan secara spontan. 

Mungkin masih asing di kalangan orang kita, namun di negara Timur Tengah mereka menggunakan air mawar atau kelopak mawar dalam pelbagai hidangan mereka. 


Oleh itu, makan kelopak bunga mawar bukanlah sesuatu yang aneh atau pun pelik sebenarnya. Teringin mencuba? - CARI 

Foto: Carian Intenet
8

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 22-2-2017 04:59 PM
tak sangka la pulak..masa kecik2 arwah nenek tanam bunga ni, aku selalu mkn kelopak bunga ni..
Quote Cik_Andak 22-2-2017 05:03 PM
kudup bunga ros/mawar tu kan boleh buat ulam..
Quote WhiskeyScotch 22-2-2017 05:12 PM
Bagus ni boleh buat product kesihatan.
Quote mziskandar 22-2-2017 06:03 PM
biasa bg kek, chocolate, buah2an n mknan lain. aku x bagi bunga kt org sbb tak tau bunga boleh dimkn n klau simpan lama2 nnt bau busuk.
Quote Artemesiaa 22-2-2017 06:11 PM
Kelopak bunga mawar memang sedari dulu orang buat ulam bancuh dengan tea pun ok
Quote siskepoh 22-2-2017 06:34 PM
sis nak makan ni uolsss. nk cantik punye hal
Quote system_failure 22-2-2017 09:01 PM
ade tak mana2 cafe yg jual..
last aku pernah jumpa satu cafe kat cameron jual teh dgn rendaman bunga warna putih (sygnya aku xkenal bunga apa).. wangi dan harum giler.... terasa melayang2 kat atas gunung brincang tu kejap...
Quote matchstick 22-2-2017 09:08 PM
ritu penjual bunga merungut bunga xlaku mcm dulu2 masa hari valentine. boleh la kembangkan bisnes bunga tu. jual bunga ros utk makan pulak. dh tahu berkhasiat nt berbondong2 lah org beli
Quote DeeHanania 22-2-2017 10:15 PM
Slalu amal makan kelopak ros putih...
Quote jazaa100 23-2-2017 01:51 AM
matchstick replied at 22-2-2017 09:08 PM
ritu penjual bunga merungut bunga xlaku mcm dulu2 masa hari valentine. boleh la kembangkan bisnes bu ...

Nak laku keras blh cari hadis atau sunnah makan kelopak mawar...
Quote esbatu 23-2-2017 08:55 AM
teh bunga ris sedap
Quote amyza 23-2-2017 10:53 AM
Ooo,ni fungsi dia.
Dulu mase sek slalu tolong cikgu iols belikan bunga ros merah 1kuntum kat ps. Mmg cikgu tu ckp nak mkn,ingat dia gurau2 je. Iols nampk dia hari2 mkn tomato,tak pernah pulak nampak mkn kelopak bunga. Kulit dia pinkish.
Quote naaimahi 23-2-2017 12:11 PM
dah setahun tak makan kelopak bunga ros ni..nak mkn baliklah nanti,,,
Quote DayangKirana 24-2-2017 03:34 PM
bab makan kelopak bunga tu tak sure la, but i know some buat their own facial mist guna roses..it brings wonders to your skin..

Rose water has anti-inflammatory properties that can help reduce the redness of irritated skin, get rid of acne, dermatitis and eczema. It is a great cleanser and aids in removing oil and dirt accumulated in clogged pores
Quote fox. 24-2-2017 10:15 PM
akak nak try la, boleh la melancarkan kitaran haid akak nanti
Quote siputsedut 25-2-2017 07:16 AM
Masa aku kawin... mak aku suruh makan kelopak bunga ros yg fresh... bukan ros yg komersil tu.. ros kampung yg org tanam yg wangi tu... rasa kelat je... wangi mulut aku bau ros haha.. mak aku kata boleh naikkan seri muka pengantin.. tp xtau lah ada kesan ke x sbb bermekap kan...

Pastu last year husband aku g morocco...kat sana femes teh kelopak ros ni..dia beli seplastik bsr ..kalau bancuh perghhh harum gilaaaaaa satu rumah... tp teh dia x ada rasa.. bau je ...kene campur ngn teh lain for flavor...

Kwn aku stay turkey.. dia jual minyak ros ni.. tp mhl gilaaaa.. like sebotol kecik tu rm300 camtu.. dah mcm harga estee lauder advanced night renewal..tp dia kata mmg berkesan n kt korea dh femes minyak ros ni... lg fampur dr argan oil...
Quote evlinne 25-2-2017 12:20 PM
siputsedut replied at 25-2-2017 07:16 AM
Masa aku kawin... mak aku suruh makan kelopak bunga ros yg fresh... bukan ros yg komersil tu.. ros k ...

Kalau ros kampung tu dah spray dgn ubat, macam mana nak makan? nak try hahaha
Quote siputsedut 25-2-2017 02:16 PM
evlinne replied at 25-2-2017 12:20 PM
Kalau ros kampung tu dah spray dgn ubat, macam mana nak makan?  nak try hahaha

Ye ke..ros yg tanam kt kg biasanya org tabur baja bunga je...ade ke org sembur pestisid bagai?   rasanya ros kampung tu lg organik dr ros kedai bunga yg xde bau tu....
Quote Ipo 25-2-2017 07:06 PM
Sedap kelopak bunga mawar nih. Pernah jugak rebus dan jadikan air mawar sebagai minuman.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057018 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top