|
Pusat Perubatan Universiti Baylor di Dallas, Texas melancarkan program Heart to Heart yang membenarkan pesakit yang menjalani pemindahan jantung memegang organ berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan ke atas organ dalaman itu.
Mail Online melaporkan, selain mendidik pesakit tentang punca kegagalan jantung, program itu juga bertujuan memberi peluang kepada pesakit yang terdiri daripada 70 orang individu melihat jantung mereka yang bermasalah dan memegangnya sebelum organ tersebut disimpan untuk kajian seterusnya. Sementara itu, John Bell, salah seorang pesakit daripada 70 individu yang menyertai program itu mengakui dirinya ada sedikit emosi ketika pertama kali melihat dan memegang jantungnya. “Ia sedikit besar daripada apa yang saya bayangkan.” Difahamkan, program tersebut adalah cetusan idea buat pakar patologi jantung Baylorm, Dr. William C Roberts yang menyimpan setiap jantung yang dibuang untuk dikaji sejak beliau menyertai institusi berkenaan pada tahun 1993.- CARI
|
|
7
![]() Bagus |
9
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
8
![]() Sedih |
6
![]() Lawak |
3
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.139196 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.