CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tiada Masa? Cubalah Resipi Char Kuey Teow Sepantas Kilat Ini!

24-2-2017 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6845| Komen: 15|Original author: Oleh: Maly Rosli

Char Kuey Teow menjadi salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Baik yang kecil, tua atau muda, ia digemari pelbagai golongan dan bangsa. Dan kini, ia juga boleh didapati di gerai tepi jalan.


Pun begitu, kadangkala tidak puas makan Char Kuey Teow yang dibeli kerana kuantitinya sering tidak mencukupi. Jadi apa kata hujung minggu ini anda cuba resipi Char Kuey Teow mudah, cepat dan SEDAP? Apapun, sedap itu subjektif, jadi kalau nak tahu Char Kuey Teow ini sedap atau tidak kenalah cuba sendiri!


Foto: Blog Nina Mirza


Bahan-bahan
1 paket kuey teow
20 ekor udang bersaiz sederhana 
1 1/2  cawan isi kerang (direbus) 

2 biji telur
Daun kuchai (dipotong anggaran 2 inci)
15 sudu kicap Char Kuey Teow Ilham (dibancuh dengan 1 1/2 cawan air)


Foto: Pinterest

Cara penyedian
1. Panaskan kuali dengan api yang besar sebelum masukkan minyak masak
2. Masukkan udang dan goreng selama 20-30 saat kemudian masukkan isi kerang rebus
3. Masukkan kuey teow dan daun kuchai. Gaul sebati
4. Pecahkan telur, segera masukkan kicap Char Kuey Teow yang telah dibancuh bersama air tadi.
5. Kacau sebati telur dan kicap sekitar 5-8 saat
6. Tutup api dan segera dihidangkan.


Nota kaki:
1. Api dapur haruslah besar
2. Segera dihidangkan apabila siap dimasak kerana dikhuatiri kuey teownya kembang
3. Tak perlu tambah garam atau gula


Mudah sahaja kan! Dengan menggunakan sos segera, tak perlu gunakan bawang, cili dan sebagainya. Bukan malas ya, tetapi cepat dan mudah. Apa lagi? Cepat cuba! - CARI


Kredit resipi: Blog Nina Mirza
5

Bagus
4

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sssf83 24-2-2017 04:16 PM
sedapnya.. teringin pulak nak makan char kuey teow..
Quote siskepoh 24-2-2017 06:04 PM
sedap nauu. boleh cuba
Quote kimchipedas 24-2-2017 09:03 PM
Sedap nya tgk dh my peberet
Quote drivethru 24-2-2017 09:54 PM
Mak jejai ke yg masak ni?

Sos char kue teaw ilham mmg sedap. Selalu beli kalau pegi penang.
Quote mbhcsf 24-2-2017 10:43 PM
aishh sedap pulak nampak
Quote seramado 25-2-2017 12:01 PM
Sedapnya tt
Quote MissVixen 25-2-2017 07:36 PM
drivethru replied at 24-2-2017 09:54 PM
Mak jejai ke yg masak ni?

Sos char kue teaw ilham mmg sedap. Selalu beli kalau pegi penang.

Ada jual dekat mana ye? Tq
Quote drivethru 25-2-2017 09:45 PM
MissVixen replied at 25-2-2017 07:36 PM
Ada jual dekat mana ye? Tq

Selalu beli kat pasar chorasta. Tepi pasar chorasta tu ade lorong kecik. Situ pun ade orang jual jeruk2. Saya beli kat satu kedai jeruk melayu. Mmg kat situ jer ada. Kat jeruk pak ali xde.
Quote dubuk 26-2-2017 02:16 PM
kegemaran dubuk niii
Quote weeween 26-2-2017 03:22 PM
sedap pulak... mana nak cari kicap ilham ni
Quote UsuFie 27-2-2017 10:41 AM


kuali dia...
Quote IxoraP 27-2-2017 11:39 AM
lpr la plak
Quote WhiskeyScotch 27-2-2017 11:13 PM
Gambar nampak sedap. I suka char kuey teow yang basah-basah. Sedapnyaaaaa!!!
Quote gadiz 28-2-2017 10:45 PM
KT Penang je ke yg jual kicap ni? Siape pg sana? Aku nk kirim bleh? Hehe
Quote EvieWanKenobi 1-3-2017 10:14 AM
bestnya.. resepi pun mudah..
takde letak bawang bagai..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.071707 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top