Kita selalu mendengar khasiat buah pisang dalam diet dan pemakanan. Namun seringkali kita terlepas pandang kelebihan yang boleh diperolehi dari kulitnya.
Tahukah anda, kulit pisang sangat berguna dan boleh mengurangkan perbelanjaan dalam rumah jika pandai memanfaatkannya? Menurut portal rumah.com, ini antara kegunaannya: 1. Sebagai baja Kulit pisang boleh dijadikan sebagai baja. Caranya dengan memotong kulit pisang kecil-kecil sebelum ditabur di halaman rumah. Nutrisi yang terkandung di dalamnya termasuk magnesium, potasium, kalsium, sodium, dan fosfat akan membantu menyuburkan tanaman.
2. Membuat sofa lebih berkilat Sofa kulit akan kelihatan kusam jika sudah lama digunakan. Kilatkannya kembali dengan menggosokkan kulit pisang secara perlahan dia atas permuakaanya. Boleh juga diaplikasikan pada jaket kulit. 3. Menghalau serangga perosak Hancurkan kulit pisang menjadi tekstur yang halus. Taburkan di tempat adanya serangga perosak yang selalu merosakkan ranaman anda. 4. Mencantikkan barangan perak Gosokkan kulit pisang pada permukaan barangan perak. Bukan itu sahaja, kasut kulit atau perabot yang diperbuat daripada kayu juga boleh dibersihkan dengan kulit pisang. Tak sangka kulit pisang mempunyai banyak manfaat. Mana satu agaknya anda nak cuba? -CARI
|
11
Bagus |
23
Marah |
4
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 27-2-2017 06:33 PM
kulit pisang akak bg monyet isi akak makan
WhiskeyScotch replied at 28-2-2017 12:08 AM
Seriously, boleh buat sofa berkilat?
ADVERTISEMENT