CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sudah Ajal, Bapa Rusdi Ramli Menghembuskan Nafas Terakhir

27-2-2017 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19072| Komen: 47|Original author: Oleh: Maly Rosli

Malang memang tak berbau. Ajal maut pula boleh menjemput bila-bila masa. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Ramli Ismail yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi.



Foto: Harian Metro

Aktor veteran Ramli yang juga merupakan bapa kepada pelakon Rusdi Ramli meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari kediamannya di Damansara ke Hospital Sungai Buloh. 

Menurut Harian Metro, bekas isteri arwah yang juga pelakon veteran iaitu Norlia Ghani berkata arwah meninggal pada usia 78 tahun.

"Saya dimaklumkan arwah terjatuh ketika nak ke bilik air awal pagi tadi. Selepas itu dia terus tak sedarkan diri. Anak arwah cuba memberikan bantuan pernafasan melalui mulut (CPR) tapi gagal.


"Kemudian mereka (anak dan isteri) menghubungi ambulans dan arwah dikejarkan ke Hospital Sg Buloh. Namun arwah tak dapat diselamatkan," katanya kepada Harian Metro.


Foto: BH Online

Tambah Norlia, Allahyarham yang dimandikan di Masjid Damansara Damai dan dikebumikan di kawasan berhampiran tidak menghidap sebarang penyakit. 

"Mungkin ini sudah ajalnya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.

Terdahulu, Norlia dan Allahyarham berkahwin pada 1969 dan dikurniakan empat anak iaitu Rusdi, Romiza, Eddie dan Amy. Selepas mereka bercerai pada 1986, Allahyarham berkahwin kali kedua dan dikurniakan anak lelaki yang kini berusia 23 tahun.


Foto: IG Rusdi Ramli

Memetik laporan BH Online, Ramli Ismail atau lebih dikenali sebagai Ramli Kechik pernah berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Nasib Do Re Mi, manakala menerusi filem Laksamana Do Re Mi, dirinya memegang watak Perdana Menteri Negara Pasir Berdengung. 

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman. - CARI
27

Bagus
32

Marah
41

Terkejut
17

Sedih
18

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 27-2-2017 06:19 PM
Innalillah..smg dipermudahkan segalanya
Quote jerukkedondong 27-2-2017 06:25 PM
Edited by jerukkedondong at 27-2-2017 06:26 PM

Al Fatihah...semoga Allah permudahkn semua urusan  dia di alam barzakh..

btw..comel giler anak Rusdi tu..tu ank dia dgn sharon ke
Quote sylkronz 27-2-2017 06:36 PM
Innalillahiwainnailaihi rojiun
Smga roh allahyarham ditempatkan dikalangan roh orang2 yg beriman...
Al fatihah
Quote zie_indah 27-2-2017 06:47 PM
Takziah n alfatihah
Quote Diann 27-2-2017 07:04 PM
Takziah kepada keluarga RR. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Quote minahsleepy 27-2-2017 07:05 PM
Takziah..

Baru tau arwah ayh dia pelakon..aku try nak recall yg mana satu arwah dlm filem nasib n laksmana do re mi tu
Quote cm_matjawasp 27-2-2017 07:12 PM
Takziah untuk keluarga.
Quote umbut 27-2-2017 07:27 PM
Mati2 aku ingatkan bapa rusdi ramli ni dah lama meninggal.. Tak pernah dgr pasai bapak dia.. Yg tau norlia ghani je. Bapak dia ni berlakon citer yg ajak pak meon gi disko
Quote stania83 27-2-2017 07:42 PM
Acik norlia tak remarry ya?
Quote dewimalam78 27-2-2017 07:56 PM
Takziah. Moga ditempatkan bersama org yg soleh
Quote dewimalam78 27-2-2017 07:56 PM
Takziah. Moga ditempatkan bersama org yg soleh
Quote aleesyasofia 27-2-2017 09:19 PM
Innalillahiwainnailaihi rojiun.. salam takziah..
smga rohnya dicucuri rahmat dan ditmptkn dikalangan org2 yg beriman..
baru tau arwah pelakon jgk..
Quote doubleA 27-2-2017 09:23 PM
umbut replied at 27-2-2017 07:27 PM
Mati2 aku ingatkan bapa rusdi ramli ni dah lama meninggal.. Tak pernah dgr pasai bapak dia.. Yg tau  ...


Samalah  

Apapun takziah. Mak bapak pelakon anak Rusdi ramli pun antara pelakon lagend tanah air
Quote EvieWanKenobi 27-2-2017 09:49 PM
Innalillah..

sihat arwah semasa hayatnya..
umur 78 tahun tanpa sebarang penyakit..
Quote stryder_cats 27-2-2017 09:51 PM
Takziah rusdi.. arwah ni ke ramli jr dlm dokumentari p ramlee tu ek??
Quote babynina30 27-2-2017 10:23 PM
stania83 replied at 27-2-2017 07:42 PM
Acik norlia tak remarry ya?

Pernah menjadi datin seketika dulu.
Kemain pakai skirt pendek.
I x sure datuk mana menjadi suami beliau masa tu
Quote ReginaGeorge 27-2-2017 10:26 PM
Takziah pd anda sekeluarga. Semoga dioermudahkan segala urusan ya
Quote Knowlee 27-2-2017 10:52 PM
Innalillahiwainna ilaihiroji'un
Quote WhiskeyScotch 27-2-2017 10:54 PM
Innalillah. Takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.188148 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top