Agak lama tak bercerita mengenai pelakon Keith Foo, rupanya hanya tinggal beberapa bulan saja lagi dan dia bakal bergelar bapa.
Menerusi akaun Instagram isterinya, Kim Raymond buat pertama kali memuat naik gambar menayangkan perutnya yang semakin menonjol ekoran usia kandungannya memasuki bulan kelima. Perkongsian itu menarik perhatian peminat dan pengikut yang rata-rata mengucapkan tahniah, malah tak kurang juga yang memuji gambar Kim kerana gayanya dengan 'baby bump' kelihatan comel.
Memetik Astro Gempak, Keith suatu ketika dahulu ada menyuarakan hasratnya untuk berehat seketika dari kerjaya seni kerana mahu fokus kepada kesihatan isterinya. Terdahulu, Keith dan Kim 'senyap-senyap' mendirikan rumah tangga pada 2014 tanpa pengetahuan pihak media. Namun, pasangan itu melangsungkan majlis perkahwinan pada 2015. Tahniah Keith yang akan menjadi bapa tak lama lagi. Semoga semuanya baik-baik saja dan berjalan lancar. Pasti peminat teruja nak melihat wajah comel anak kedua pasangan itu, bukan? - CARI
|
13
Bagus |
12
Marah |
23
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
beautifulliar replied at 1-3-2017 10:30 AM
Comey nye baby bump sheols.
Hampun meols lampi sket..
aldilla_zahraa replied at 1-3-2017 08:22 PM
kwn meols kata dlm 4-5 bulan biasa dh boleh rasa baby gerak2
ADVERTISEMENT