Selalu memuat naik gambar bersama di laman Instagram, kemesraan pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan memang tidak dapat dinafikan lagi.
Namun lumrah menjadi figura umum, pasti ada sahaja orang yang mengecam dengan mengatakan mereka terlalu menunjuk-nunjuk sampai ada yang meluat. "Kemesraan yang saya tunjuk di Instagram itu adalah untuk isteri saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan lain," katanya kepada Mstar Online. Walau bagaimanapun kisah mereka berdua juga menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar terhadap kehidupan seseorang selepas berkahwin. "Apa yang dimuat naik adalah perkara yang positif untuk hubungan kami, saya tidak sangka pula ramai yang menjadikan perkara sebagai inspirasi."
Mengulas mengenai perkara yang sama, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 37, berkata, suaminya itu memang seorang yang romantik dan pandai menjaga hatinya. "Kami ada batasan juga, tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum. Kalau boleh apa yang dikongsi memberi manfaat kepada semua," ujarnya. Syabas kepada pasangan romantik ini kerana menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menyebarkan perkara-perkara yang baik dan berfaedah. Kami doakan agar Mizz Nina dan Noh Hujan keakal bahagia hingga ke syurga. -CARI
|
27
Bagus |
26
Marah |
26
Terkejut |
41
Sedih |
33
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lilcountess replied at 2-3-2017 02:32 AM
hajah nina dengan suami didakwa menunjuk, hajah lofa dengan bukan mahram ramai juga yg suka. pelik
ADVERTISEMENT