CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Dihempap Kereta Akibat 'Jack Kereta' Tertanggal

2-3-2017 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10141| Komen: 40

Akibat 'jack kereta' tertanggal, seorang lelaki maut dihempap di bawah kereta ketika sedang membaiki kenderaan itu di tepi jalan. 

Nahas yang jarang sekali berlaku itu terjadi di Bakun, Bintulu, Sarawak Selasa lalu. 


Setakat ini, pihak polis telah mengesahkan mangsa adalah lelaki berbangsa Melayu berusia 40 tahun yang berasal dari Kampung Kuala Lama, Mukah. 

Menurut See Hua Online, seorang saksi memberitahu, pagi hari itu dia ternampak mangsa menghentikan keretanya di tepi jalan untuk menukar tayar. 

Tanpa disedari, sekitar 6 petang, apabila sekali lagi dia melalui kawasan itu, didapati kaki mangsa kelihatan terkeluar di bawah kereta tanpa bergerak langsung. 

Ketika itu, dia terasa sesuatu mungkin berlaku dan segera melihat keadaan di situ. 

Mangsa didapati dihempap di bawah kereta, saksi itu memberitahu dia cuba menarik mangsa keluar dengan mengangkat naik kereta itu tetapi mangsa tiada bernyawa lagi. 


Difahamkan, siasatan awal polis mendapati, kematian mangsa adalah disebabkan 'jack kereta' tertanggal dan mati dihempap kereta. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat. - CARI

sumber foto: Daily Traffic Report Facebook

14

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aldilla_zahraa 2-3-2017 12:04 PM
Dah kenapa tukar tayar sampai begitu sekali? Kena jenguk kepala kat bawah ke? Meols tukar tayar tak perlu terlentang2 atas jalan pun?
Quote Azhargoth 2-3-2017 12:08 PM
Jadikan habit bila dah jack dan remove tayar tu slide masuk tayar yang dah bukak tu betul2 bawah lower chassis atau arm. Jack ni boleh fail any time.
Quote sikorok 2-3-2017 12:08 PM
Kesiannya..nk tukar tyar ke nk check benda lain aduhh
Quote pearl.silver 2-3-2017 12:10 PM
rasanya kat jack tu pun ada warning
xbagi org masuk bawah kereta yg hanya ditampung oleh jack tu
Quote mrizumi 2-3-2017 12:12 PM
Nauzubillah...
Quote harrypoter 2-3-2017 12:14 PM
kesiannya...innalillah
ni mcm bukan tuka tayar, ni mcm nk tukar arm ke driveshaft
jack pun jenis lama...org tak pakai dah jack tu, tanah tmpt letak jack tak stabil, patut kena letak alas mcm papan ke, batu bata....

byk belajar ilmu dari abg @zulka
Quote vanillaninja 2-3-2017 12:25 PM
Innalillah, malang tak berbau.
Quote dekmieDandy 2-3-2017 12:29 PM
Azhargoth replied at 2-3-2017 04:08 AM
Jadikan habit bila dah jack dan remove tayar tu slide masuk tayar yang dah bukak tu betul2 bawah low ...

dia dah letak tapi belah bonet, bukak bawah casis
Quote mey12 2-3-2017 12:34 PM
sakitnyaaaaaa!
Quote batmana 2-3-2017 12:40 PM
bengkel tmpt aku, de mekanik tu smpai gune 3 jack 1 kete
bila ditanya, dia trauma psl pnah tgk kwn tersepit.

safety first kata org
jack bole dibeli, nyawa xleh diganti.
Quote chinta89 2-3-2017 12:51 PM
takziah                           
Quote prettyuglybabe 2-3-2017 12:55 PM
kasihannya...
Quote myakayina 2-3-2017 12:57 PM
klu dah ajal...
Quote trisnalovezul 2-3-2017 02:10 PM
kasiannya..turut berdukacita
Quote R2D2 2-3-2017 02:14 PM
Kalau dh sampai ajal
Tak lambat,  tak cepat hatta yg sidai kain depan rumah boleh meninggal
Quote bellxx 2-3-2017 02:32 PM
Allahuuuuuu
Quote Changa 2-3-2017 02:33 PM
CARI-LTS replied at 2-3-2017 11:52 AM
Akibat 'jack kereta' tertanggal, seorang lelaki maut dihempap di bawah kereta ketika sedang membaiki ...

Al fatihah untuk.heshe
Quote esbatu 2-3-2017 02:44 PM
takziah
Quote CrowneGlory 2-3-2017 04:32 PM
hulunya tmpt ni dr pagi saksi nmpk...sampai dia lalu petang masih ada... xde saksi lain yg nmpk....

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048216 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top