|
Bagi anda yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat, makanan seperti sos cili, tomato, kicap dan juga sos tiram tak dinafikan mengandungi bahan pengawet.
Ia juga mengandungi pewarna tiruan, tinggi kandungan garam dan pelbagai elemen kurang sihat. Namun, jika anda masih ingin menikmati sos tiram bagi menyedapkan masakan, jangan tak tahu anda boleh buat sendiri sos ini. Bahan yang digunakan pula memang semuanya tanpa bahan awet dan kandungan garam serta gulanya pula boleh dikawal. Jom cuba, resipi sos tiram ini. Semoga membantu! Cara-caranya: 1. Ambil air rebusan makanan laut contohnya udang, ketam, sotong dan sebagainya.
2. Air rebusan itu dimasak bersama gula perang. 3. Garam bukit secukup rasa. 4. Cili sedikit dan bawang putih mengikut citarasa. 5. Campur semua bahan sehingga sebati. 6. Pekatkan dengan tepung ubi kayu. Sekiranya tidak mahu pekat pun tidak mengapa. 7. Masukkan cuka buah sebagai pengawet supaya tahan lama. 8. Sejukkan dan simpan dalam botol kaca seperti botol sos biasa. 9. Simpan dalam peti sejuk. - CARI Kredit resipi: Attuffahumairah |
|
14
![]() Bagus |
4
![]() Marah |
7
![]() Terkejut |
18
![]() Sedih |
4
![]() Lawak |
4
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.172646 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.