CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mak Ayah Sibuk Bekerja, Netizen Terjumpa Budak Sekolah Jalan Kaki Tengah Highway

3-3-2017 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 34618| Komen: 71|Original author: Oleh: Adib Za


Siapa yang tak terkejut 'beruk' bila terjumpa budak sekolah berjalan kaki di tengah-tengah bukan jalan raya, sebaliknya lebuh raya Kesas. 


Namun, apa yang berlaku selepas itu lebih menarik dan tak kurang juga menyentuh hati bagi mereka yang membacanya. 

Seorang netizen yang dikenali sebagai Nazarul Faizal berkongsi kisah bila dia tanpa menyangka suatu hari terserempak dengan seorang budak sekolah di highway Kesas. 



Terpaksa berjalan kaki dari Seri Petaling untuk pulang ke rumahnya di Puchong, bayangkan! Namun, mengapa boleh jadi begitu? Dan bagaimana pula tindakan anda bila terlibat dengan situasi yang sama. 

Di sinilah, sikap Nazarul sangat-sangat dipuji dan ramai yang menyatakan rasa kagum serta hormat dengannya. Selepas menyelidik tentang budak sekolah berbangsa Cina itu, Nazarul mendapati dia telah tertinggal bas sekolah.

Yang menyedihkan ibu bapanya sibuk bekerja, dan mungkin kerana itu dia terpaksa pulang sendiri dengan hanya berjalan kaki. 

Nazarul mengambil keputusan untuk menghantar budak itu meskipun berasa risau kerana dia hanya mempunyai satu helmet sahaja. 


"Ajak naik motor hantar balik, dengan helmet takda risau juga kena tahan tengah jalan.."

"Takpe bawa jelah, kang tinggal dia jadi apa-apa susah pula nanti. Suruh dia pakai raincoat dia tu."

Kata Nazarul lagi, ini bukanlah kali pertama dia terjumpa kanak-kanak bermain atau berjalan seorang diri di tepi jalan. Antara yang membimbangkannya adalah niat untuk membantu disalahanggap dan dikatakan sebagai penculik pula. 

Pun begitu, melalui komen yang dilihat melalui laman sosial, mereka semuanya berterima kasih kerana masyarakat sememangnya memerlukan individu bersikap prihatin dan cakna seperti ini. 

Namun begitu, mereka menasihati agar membuat laporan polis sekiranya perkara seperti ini dilalui lagi kerana untuk kebaikan dan perlindungan dirinya. 



Kesimpulannya, buat ibu bapa di luar sana mohon lebih peka dengan keadaan anak anda walau sesibuk manapun pekerjaan anda. Semoga cerita yang sedikit ini mampu membuka mata lebih ramai ibu bapa di luar sana. Dan kepada netizen ini, Nazarul, syabas atas usaha murni anda. - CARI 

48

Bagus
34

Marah
14

Terkejut
28

Sedih
23

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasmania 3-3-2017 05:03 PM
tahniah la kat awak yg sanggup menghadapi risiko nak tolong budak tu .... isk kalau aku aku carik balai polis je ..... biar polis hantar kat rumah dia ...
Quote awaynepian 3-3-2017 05:06 PM
Bagus budak ni..tp hantar pi balai polis dulu dik..report mcm netizen ckp..
Quote WhiskeyScotch 3-3-2017 05:08 PM
Masih ada yang berhati mulia yang mahu membantu. Good job.

Kepada parents yang sibuk bekerja sangat tu takkan nak tunggu anak diculik ataupun dilanggar kenderaan baru nak sedar. Sila jaga dan pantau keselamatan anak anda.
Quote CrowneGlory 3-3-2017 05:16 PM
gigih nk sekolah jauh2 sedangkan byk je sekolah area kawasan perumahan...akak syak..makpak cina bukit masih gigih nk sekolahkn anak sjkc...hujung2 menyusahkan anak sendiri dgn org lain pulak nk menghtr... apapun kudos Nazarul
Quote talapia 3-3-2017 05:20 PM
ooo... kena report polis dulu eh? ok2.. aku take note pasal ni. aku pon rasanya kalau jumpa budak bersepah2 camni.. mungkin akan hantar balik jugak. lembut ati kalau bab2 keselamatan anak2 ni. tapi betulla jugak netizen tu kata.. zaman sekarang kena protect yourself dulu. tapi dia pon ok gak.. dia amik gambar budak tu dulu... nak buktikan kat mana dia jumpa budak tu.

adala jugak precaution.
Quote WajibulGhunah 3-3-2017 05:59 PM
I ingt lg i kne blek sorg2 time skolah agama dulu
Sbb ayh i tertido (penat keje kebun)
Smpi umah je mmg mak i terkejut sbb ingtkn ayh i dah g amek rupanya tertido dlm bilik
Punya berjalan 10km untk ke rumah
Ingt time tu nk blek je... xde ingt penat ke apa
Jusy jalan sambil bernyanyi2 sbb time tu mseh budak lgTp i x bodoh mcm bdk skang sbb time tu i dah niat kalau apa2 kete ke van ke mencurigakan mmg lari kt umah sesapa mntk tolong org... jalan menghadap trafik dan slalu berjaga2.... tp tang bodohnya pulak x reti call bapak suruh jemput sbb duet abeh beli kad pokemon kt kedai runcit ( i mcm dak laki dulu)
Quote merrissa 3-3-2017 06:31 PM
ayah aku pon pernah lupa amik aku kat ofis....

last2 mak ak dtg amik...sib bek x sempat malam lagi
Quote samasam90 3-3-2017 06:44 PM
tempat tinggal akak, mostly melayu yg berpeleseran di mall, jalan raya dan bus stop. so?
Quote goblin87 3-3-2017 07:11 PM
Dl pn penah jalan kaki..tp dl selamat lg kot..skg ni 50 meter pn mcm x selamat dah..
Quote Aizuzu 3-3-2017 08:05 PM
Selalu Dah jumpa Mak ayah yg sibuk kerja xkesah anak nie
Quote munahjolie 3-3-2017 08:34 PM
Terharu sgt. Mudah mudahan kita semua terlindung dan kalau dlm kesusahan jumpa org baik macam ni. Budak tu mesti boleh dapat idea utk karangan 'Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan'
Quote pai.kacang 3-3-2017 09:34 PM
alhamdulillah.. selamat budak tu. jumpa kat penculik.. ape laa jadi agaknya.
Quote pr3ttytw33ty 3-3-2017 11:49 PM
Edited by pr3ttytw33ty at 3-3-2017 11:51 PM

Alooo..sian ini lenglui

Eh ke leng chai?
Quote kimchipedas 4-3-2017 12:01 AM
Aduh tgk gambar budak tu kesian ngat aih dgn kurus tgh mlm lak tu. Kesas ke kinrara jauh gak
Quote MyNameIsIris 4-3-2017 12:19 AM
Kesiannya budak ni penat... ramai sangat ke anak sampai lupa dan tak perasan anak tak balik lagi?
Quote krustykrab 4-3-2017 08:08 AM
Anak cina ni...sama je pangai mak pak tak hirau keselamatan anak...keje keje keje...esok anak ko kena bunuh, byk bunyi pulak....

Anak ko tu x ajar minta tlg org call mak pak ke...buat anak pandai...
Quote -electrifying- 4-3-2017 09:26 AM
brader tu mne la nk trpkir nk buat report, kite pon klaw kt tmpt dia mesti terus nk hntr, rsaw kan bdk tu
Quote wanitajelita 4-3-2017 10:42 AM
-electrifying- replied at 4-3-2017 09:26 AM
brader tu mne la nk trpkir nk buat report, kite pon klaw kt tmpt dia mesti terus nk hntr, rsaw kan b ...

Kan...org2 ni paranoid sgt nak Bantu org..aku pun xd masa nk pg Balai polis. Snap je pic hantar je balik.. habis story. Klu ikut cakap director2 dlm FB tu...
Quote nononcrux 4-3-2017 10:47 AM
nasib baik ditemukan org yang perihatin

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041725 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top