CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Makanan Sini Macam 'Sial' - Chef Zam

9-3-2017 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 27124| Komen: 116

X-Pose Bersama RR

Salam buat semua! 

Melalui pertemuan pertama ini saya mengharapkan agar anda memandang kami melalui mata hati! Sudut positif! Semoga apa yang dipaparkan ada kebaikannya berbanding trending semata-mata. Segmen ini agak pelik ya! X-POSE! Satu pendedahan yang menarik!


Selebriti pertama minggu ini adalah antara kenalan saya dengan objektif utama untuk berkongsi inspirasi beliau dalam dunia 'sudu @ garpu'!

Kisah 'carut' yang menjadi trending di beberapa blog terkenal mengingatkan saya pada tetamu pilihan minggu ini. Terkedu seketika, statement "Makanan ***** (syarikat penerbangan negara) Macam Sial!" Menjadi viral dan mencabar kesabarannya. Nak tahu ceritanya?

Sebagai pencinta kulinari tempatan, Chef Zam sangat peka bila bercakap tentang makanan tempatan dan turut melibatkan imej negara, lantas dia mesti lakukan sesuatu...reblog atau repost berita sensasi itu di media sosial. 

Dan sebuah blog terkenal melihat itu sebagai berita yang paling sensasi, lantas memuatnaik cerita itu. Seolah-olah ia merupakan chef Zam punya statement.

Meletup! Melibatkan banyak pihak yang tidak berpuas hati! “Saya bengang. Jangan merosakkan reputasi seseorang itu tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Ia melibatkan maruah. Kalau hendak reblog sekalipun, kena selidik dan tengok kesahihannya.
 
"Sebagai pensyarah kolej yang memiliki reputasi yang baik, saya mesti tunjukkan contoh yang terbaik untuk semua student saya dan masyarakat. Itu adalah tanggungjawab saya”. 


Nada suaranya tinggi penuh emosi. Kesimpulannya - Chef Zam bercadang hendak mengambil tindakan mahkamah, namun blogger tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka. 

Saya mengenali pemuda ini sejak 19 tahun yang lalu! Ketika itu dia bertubuh montel dan berkulit putih gebu sebagai pesonanya. Hilai ketawa orang Ganu kita ini begitu dominan! Bila cuti semester dari UITM Shah Alam, dia sering singgah dan melepak di pejabat kami, Kumpulan Karangkraf, TTDI.

Karektor dan kemesraannya itu menyenangkan banyak pihak. Ya, masa terus berlalu dan persahabatan kami mula terpisah. 

Kekaguman saya tidak berhenti di situ, lalu saya meluangkan masa melihat mercu tanda kejayaan Profesor Chef Zam yang terletak di kawasan strategik, Pusat Perdagangan One Puchong,  Kuala Lumpur.  

Kolej Antarabangsa Silverspoon (SIC) ditubuhkan pada 21 Julai 2010 ini menyambut saya dengan bangganya. Selepas mendengar penerangan dari 'kawan lama' ini, level kekaguman saya berganda, kerana objektif utamanya adalah untuk menyelamatkan golongan muda.  Tidak ada kolej komuniti yang membuka ruang seluas-luasanya untuk remaja drop out, dari bidang pendidikan lalu dilatih  menjadi profesional. 

SIC mengorak langkah dalam membantu remaja yang mempunyai minat dalam bidang kulinari walaupun berbekalkan sijil PMR atau SPM.  Syabas! 


12Next
63

Bagus
40

Marah
29

Terkejut
34

Sedih
43

Lawak
64

Bosan

Friends Rank (273 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syadq 7-3-2017 10:43 AM
Panjang naw. Sorry malas nak baca
Quote Modngengade 7-3-2017 11:49 AM
kak nita ke dgn chef zam tu...koserr hakak!!!!!
Quote laksmanabentan 7-3-2017 12:00 PM
makanan apa tu makanan s*al...
Quote aldilla_zahraa 7-3-2017 02:01 PM
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?
Quote kibodwatriuh 7-3-2017 02:28 PM
aldilla_zahraa replied at 7-3-2017 02:01 PM
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?

Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.
Quote NekNgah 7-3-2017 02:43 PM
Panjang nau artikel, malas nenek nak cari makanan apa yang macam s**l tu....
Quote Kangkung1M 7-3-2017 02:51 PM
artikel ni iklan berbayar SIC ke....atau biografi chef zam
koser aku nak baca habis
Quote shernazz 7-3-2017 03:04 PM
iols x suka dengar dia bercakap
trying hard to be like chef wan sangat masa memula dia kuar tv
Quote Orix 7-3-2017 03:23 PM
gaji chef2 ni selalu berapa ye? kata jd ketua chef kt US pehtu motip balik msia x mmpu beli kereta kena tggu smpai 2 tahun itupn kereta 2nd hand.. hotel 3 star punya chef bawahan pn gaji basic RM1.8k skrg ni... ketua chef kt US lagi lah byak iols rse
Quote sebu 7-3-2017 03:35 PM
Chef ni ke yg kate mknn mcm siyal tu
Quote aldilla_zahraa 7-3-2017 03:56 PM
kibodwatriuh replied at 7-3-2017 06:28 AM
Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.

Ooo maaf tak kenal  
Quote iznanaziz 7-3-2017 04:31 PM
laksmanabentan replied at 7-3-2017 12:00 PM
makanan apa tu makanan s*al...

ntah...pjg beno citanya

tak sentuh pun cita makanan s*al....
Quote Emperor95 7-3-2017 04:59 PM
Cerita ini mengenai apa?
Quote FARRAZOOL 7-3-2017 05:34 PM
So apa gosipnya disini?
Quote Burong_Hantuk 7-3-2017 07:17 PM
admin999 replied at 7-3-2017 10:36 AM
Salam buat semua!


ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWAK KONGSI LAH GAMBA GAMBA NORA DANISH,PUTRERI YASMIN DAN JUGA CHO YANG HEBAT BERGAYA.GAMBA GAMBA SEMASA NORA DANISH CILIK MUSTI CUMIL.SYA NIH  KEPINGIN LAH NAK NENGOK GAMBA GAMBA NORA.
Quote sharlenetexas 7-3-2017 07:39 PM
Burong_Hantuk replied at 7-3-2017 07:17 PM
ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWA ...

nenek baru bangun? jom kelabing.
Quote mommymonster82 7-3-2017 07:48 PM
Peningnya baca penulisan ni...
Quote mommymonster82 7-3-2017 07:50 PM
Edited by mommymonster82 at 7-3-2017 07:51 PM

Owh..bro richie menulis rupanya..panjang sgt bro... seeloknya janganla panjang sgt.. maaf ni bukn kolum majalah...

So maybe boleh ubah skit gaya penulisan supaya lebih santai...
Quote Tukul.Besi 7-3-2017 08:15 PM
Ya amporn statement sial tu sikit je tapi artikel byk input yang tak perlu.

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top