Antara filem tanah air ditunggu-tunggu, J Revolusi mendapat sambutan hebat daripada peminat apabila lebih 1,500 daripada mereka berkumpul di tujuh pawagam di sekitar Lembah Klang sebagai tanda sokongan pada Sabtu lalu.
Di samping itu, mereka juga bertemu barisan pelakon filem J Revolusi dala sesi ramah mesra selama dua hari yang dihadiri pelakon Zul Ariffin, Farid Kamil, Izara Aishah dan Nur Fazura. Memetik Harian Metro, TGV KLCC mendapat sambutan paling hangat apabila dibanjiri 300 peminat untuk bertemu artis kesayangan. Menurut Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Zul, 32, mengatakan respon positif penonton di media sosial bagaikan satu jaminan untuk orang ramai menonton filem berkenaan.
“Kebanyakan penonton menjelaskan antara sebab menyukai J Revolusi adalah babak aksi dan komedinya. “Bila mereka tengok ada babak lucu, penonton rasa seronok dan teruja," katanya. Filem yang mendapat sambutan hebat ini juga mencatat kutipan jualan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 2 Mac lalu. Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berterima kasih atas sokongan padu penonton. “Kami amat berbangga dengan pencapaian filem ini dan ramai penonton berpuas hati dengan jalan cerita yang diketengahkan," katanya. Siapa sudah tonton filem ini? Amacam, best tak? - CARI
|
23
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Apai90 replied at 8-3-2017 05:50 PM
Dah tengok memang best
Personally rasa lagi best daripada Polis Evo. Action scenes mem ...
dauswq replied at 8-3-2017 11:27 PM
fazura leh dpt nominasi best supporting actress tak?
katibism replied at 9-3-2017 01:56 AM
Bukan sheols main actress kah..?
ADVERTISEMENT