CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Rakyat Malaysia Dibenar Keluar Dari Korea Utara, Kini Tiba Di Beijing

9-3-2017 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5285| Komen: 27

Dua rakyat Malaysia di bawah Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) selamat tiba di Beijing dari Korea Utara.

Memetik laporan Bernama, jurucakap WFP mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.


Setakat ini, tidak dipastikan sama ada dua rakyat Malaysia itu akan pulang ke Malaysia atau ditempatkan ke tempat lain.

"Kakitangan berkenaan merupakan penjawat awam antarabangsa dan mereka bukan wakil kerajaan negara mereka."

Selasa lalu, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menerusi laman Twitter rasminya meluahkan kesyukuran berhubung pembebasan dua rakyat negara kita itu.

"Alhamdulillah dua rakyat Malaysia di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy dibenarkan keluar dari Pyongyang."


"Mereka kini selamat di Beijing," katanya di Twitter pada kira-kira pukul 4 petang." - CARI

sumber foto: Twitter Rasmi Mohd Najib Tun Razak

sumber foto: mstar



2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cendolsantan 9-3-2017 06:58 PM
Baik hatinya kerajaan Korea Utara, sebenarnya bukanlah jahat sangat pun Korea Utara ni...  kita yang sering prasangka dan sangka buruk kat orang lain. Tak baik tau, Allah tak suka hambaNya berperangai macam itu.
Quote aku_best 9-3-2017 06:59 PM
Alhamdulillah..
Quote qumbu 9-3-2017 07:01 PM
Muga dipermudahkan...Insyallah
Quote CiliPadiSedap 9-3-2017 07:29 PM
2 orang lepas ni ada negoatiation skill power..bukannya gov duduk diam..
Quote mbhcsf 9-3-2017 07:48 PM
alhamdulillah , cool ...tapi masih lagi pemegang passport malaysia , kan?
Quote Nonones 9-3-2017 08:17 PM
alhamdullilah, selamat dah 2 orang rakyat kita.
Quote Sayaaa 9-3-2017 08:55 PM
alhamdulillah. semoga dipermudahkan yg lain2 tu
Quote scorpionkiki 9-3-2017 08:58 PM
CiliPadiSedap replied at 9-3-2017 07:29 PM
2 orang lepas ni ada negoatiation skill power..bukannya gov duduk diam..

Yg ni hasil negotiation PBB dgn NK.
Quote CiliPadiSedap 9-3-2017 09:00 PM
scorpionkiki replied at 9-3-2017 08:58 PM
Yg ni hasil negotiation PBB dgn NK.

ye maksud kaka PBB bukan gov
Quote scorpionkiki 9-3-2017 09:01 PM
CiliPadiSedap replied at 9-3-2017 09:00 PM
ye maksud kaka PBB bukan gov

      Lepas ni govt kita pulak kot.  
Quote sabbath_shalom 9-3-2017 09:15 PM
cendolsantan replied at 9-3-2017 06:58 PM
Baik hatinya kerajaan Korea Utara, sebenarnya bukanlah jahat sangat pun Korea Utara ni...  kita yang ...

Problemnye dengan Malaysia
Quote shamsadis 9-3-2017 09:17 PM
Kim Jong Un x hingin berperang dengan Malaysia
Quote momomikomiki 9-3-2017 09:19 PM
Ada plk cubaan assassin king salman kat msia hari tu.. adoi ler msia kena review balik polisi kasi masuk orgluar senang2 jer nak buat taik
Kat sini...
Quote armin 9-3-2017 10:01 PM
cendolsantan replied at 9-3-2017 06:58 PM
Baik hatinya kerajaan Korea Utara, sebenarnya bukanlah jahat sangat pun Korea Utara ni...  kita yang ...

Jgn naif sgt. Ni sebab dorg international worker. Kalau cari pasal mmg nahaslah
Quote Atifan 9-3-2017 11:08 PM
Sbb 2 org ni di bawah payung UN..mmg lah UN yg negotiate dgn North Korea. Tp selebihnya yg di bawah payung Malaysia, mohon tnggu dan lihat..I wish Malaysia ada Bhgn Risk Management untuk setiap Kementerian supaya boleh forsee the worst case scenario and how to deal with it..Kerajaan byk guna pendekatan Sudak terantuk baru mengandah...itu yg bila kena hadap krisis, slow aja...haish, mohon lah come out with preventative measure
Quote merrissa 10-3-2017 03:41 AM
cendolsantan replied at 9-3-2017 06:58 PM
Baik hatinya kerajaan Korea Utara, sebenarnya bukanlah jahat sangat pun Korea Utara ni...  kita yang ...

baikkklahhh sangaatttt

mayat orang skit mati kat hospital main campak2 jah....tgu penuh...baru lori dtg amikk
ubat tahan sakit pon xde...main bedah jahhh....pesakit pengsan sendirik sb sakit sgt...
kalo satu org keluarga buat salah dgn kerajaan...keluarga yg tak tahu apa ponnn masuk penjara gak...
rakyat di program macam robot

kejammm giler




Quote kakigebang 10-3-2017 07:55 AM
armin replied at 9-3-2017 10:01 PM
Jgn naif sgt. Ni sebab dorg international worker. Kalau cari pasal mmg nahaslah

Yup, mmg aku predict UN worker akan lepas dulu sbb diorng bwh UN bukan konsulat Malaysia.Takdenye JongUn tu baik hati. Staff2 konsulat tu yg perlu dibimbangkan.
Quote sssf83 10-3-2017 08:51 AM
Moga selamat dan dipermudahkan urusan untuk rakyat malaysia yg masih di NK.
Quote kecimpret 10-3-2017 09:04 AM
cendolsantan replied at 9-3-2017 06:58 PM
Baik hatinya kerajaan Korea Utara, sebenarnya bukanlah jahat sangat pun Korea Utara ni...  kita yang ...

baikkk???...hahaha...pakcik dgn abg tiri pun dibunuhnya...baikkk??...hahaha




gi tgk bidio kat youtube camana life kat NK ni..baru ko tau baik camana dorang ni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.179703 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top