CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kembang Tekak, Banyak Kali Dah Terkena Dapat Telur Busuk Berulat!

9-3-2017 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9636| Komen: 20|Original author: Oleh: Adib Za


Kecewa dan pasti marah rasanya bila barangan runcit yang dibeli, lebih-lebih lagi untuk dibuat makanan didapati rosak malah berulat pula.

Itulah yang didedahkan oleh seorang netizen menerusi laman sosial. Katanya dia membeli telur ayam di sebuah pasaraya di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan terkejut melihat telur tersebut telah busuk malah dipenuhi ulat. 

Dia mempertikaikan tindakan pengurusan pasaraya berkenaan yang tidak peka dengan hal tersebut. Yang lebih dikesali kerana barangan yang dibeli bukanlah barang diskaun atau jualan penghabisan stok. 

"Rasanya berapa orang pelanggan dah terkena macam kami? Ini bukannya telur yang dijual murah, punyalah ingat nak ambil yang elok kat dalam kotak, tengok-tengok jadi macam ini juga," tulisnya.


Menerusi status tersebut, netizen ini turut menunjukkan gambar yang jelas memaparkan ulat memenuhi telur ayam tersebut. Memang agak meloyakan. 

Disebabkan itu, antara lain dia berkongsi kisah tersebut, agar pihak pengurusan pasaraya terbabit mengambil hal ini secara serius.

Anda boleh melihat sendiri barangan yang secara jelasnya rosak yang telah dibeli oleh netizen ini menerusi gambar berikut.


Pengguna lain turut meluahkan rasa tidak puas hati, malah mendedahkan pernah terkena pada batang hidung sendiri. 

"Bukan di *** sahaja, di pasaraya lain pun sama. Kami dah terkena berapa kali dah, sampai kembang tekak bila tengok telur tu."


Kesimpulannya, sentiasa berwaspada ketika membeli bahan makanan terutamanya. Mungkin ada banyak perkara yang berada di luar kawalan para pengguna, namun dengan sikap lebih berhati-hati perkara begini dapat dikurangkan dan dijauhi. - CARI 
19

Bagus
14

Marah
26

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 9-3-2017 08:04 PM
I dah 2x ni pecah telur dpt kembar
Quote krustykrab 9-3-2017 08:36 PM
Tak check dulu ke sblm ambik...aku biasa beli telur check dulu
Quote syasyafina 9-3-2017 08:40 PM
haah.. kalo dlm kotak pun bukak je tgk dulu..
Quote matchstick 9-3-2017 08:45 PM
jadi berulat sbb ada telur yg pecah, wpun expiry date lmbt lg..besa boleh bau busuk 1 rak tu kalu ada telur pecah. check dulu la sblm beli. tapi kadang2 org check telur over sgt ada gak. bukak satu2 pastu x tutup n susun kotak telur tu elok2 balik. kadang aku rasa tabiat org mcm ni lah yg buat telur tu pecah or retak
Quote JeepersCreepers 9-3-2017 08:55 PM
Hr tu dah pecah atas kuali br tau busuk..kat luar nmpk ok je aishh
Quote lasagnaklcc 9-3-2017 08:58 PM
Benda mcm ni takyah viral pon takpe. Gi jela tukar teloq tu.
Quote WhiskeyScotch 9-3-2017 11:23 PM
Telur kalau dah rosak bau dia mmg tersangatlah busuk.
Quote zawara 10-3-2017 12:05 AM
Ada certain tmpt mmg telor busuk walopon luaran ok..bila da pecahkan nk masak bru taw telo tu busuk
Quote ejans 10-3-2017 08:44 AM
JeepersCreepers replied at 9-3-2017 08:55 PM
Hr tu dah pecah atas kuali br tau busuk..kat luar nmpk ok je aishh

Sbb tu chef2 slalu pecahkan dlm cawan or mangkuk dulu....
Sbb kita tatau kandungan dlm telor tu mcm nee
Quote manehnya 10-3-2017 08:57 AM
sapa suruh pakai ambik jer, mata ada pilih la buduh
Quote insulin 10-3-2017 09:31 AM
Time nak beli telur ayam, periksalah dulu. Pekedai ni, kadang2 dia main letak bekas2 telur dengan kasar. Ini antara punca telur ayam pecah.
Quote Mopiko 10-3-2017 09:41 AM
pernah terkena goreng telur ayam kampung sekali ada janin ayam

Quote kokocrunch 10-3-2017 10:09 AM
kena lebih hati2 lepas nie
Quote miemiecha 10-3-2017 10:15 AM
adeh deh deh..
mujur kat tempat mek, telur letak open air
Quote Artemesiaa 10-3-2017 11:35 AM
Sebab tu ke check dulu sebelum beli.  Selalunya jenama yang sama je yang ada masaalah cam ni jenama lain tak da
Quote marion24 10-3-2017 03:04 PM
Iols beli telor check dulu...xde main sauk je..normal la sebiji dua ada tembelang..moral nya beli barang periksa la keadaan ....
Quote chacon 10-3-2017 05:30 PM

oh telor ayam, fikirkan telor apa la tadi


Quote Super-M 10-3-2017 05:34 PM
kalau telur tu nak goreng,pecahkan satu2 dalam mangkuk lain..nak goreng jgn terus pecahkan dlm kuali.. telur yg bkualiti pun pecah2 tembelang dalam dia. uwek..
Quote Jajabeans 10-3-2017 06:27 PM
biasa kalau nak cek masukkan telo2 anda dalam bekas berisi air. kalau tenggelam tu fresh. kalau timbul, buang jela sebab dh mmg busuk/cair. kalau yg tengah2 kena masak cecepat.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064590 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top