CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memang Sah, Kim Chol Adalah Kim Jong-nam - KPN

10-3-2017 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5567| Komen: 33


Lelaki Warga Korea Utara yang menggunakan pasport bernama Kim Chol yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) disahkan adalah Kim Jong-nam.


Bagaimanapun, memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut enggan mengemukakan identiti padanan DNA Kim Jong-nam.

Justeru, katanya, siasatan polis telah pun selesai dan mayat mangsa akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

"Demi keselamatan saksi-saksi saya tidak akan memberi apa-apa penjelasan mengenai DNA kes bunuh Kim Jong-nam."

"Setakat ini tiada ahli keluarga mangsa menuntut mayat, sebab itu kita akan serahkan kepada KKM. Kita sudah selesai dengan mayat itu dan tidak perlukannya lagi." 

Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang hidup tersisih, maut pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau di KLIA2.


Beliau diserang dua wanita, yang menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi bahan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.- CARI


24

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oak.balustrade 10-3-2017 07:21 PM
Baguslah akhirnya dah ada padanan..jahatnya si adik tu sanggup bunuh abg sendiri
Quote CiliPadiSedap 10-3-2017 07:26 PM
KKM nak kebumikan dekat mana?
Quote lostnfaun 10-3-2017 07:28 PM
Masa bila gaknya waris dtg...
Quote Pajeri_Nenas 10-3-2017 07:30 PM
duhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote awekjepun 10-3-2017 07:45 PM
oak.balustrade replied at 10-3-2017 07:21 PM
Baguslah akhirnya dah ada padanan..jahatnya si adik tu sanggup bunuh abg sendiri

Tp pelik..rakyat korea utara tak kisah ke pemimpin kejam cam tu
Quote oak.balustrade 10-3-2017 07:57 PM
awekjepun replied at 10-3-2017 11:45 AM
Tp pelik..rakyat korea utara tak kisah ke pemimpin kejam cam tu

Uols tengok dokumentari by NatGeo :

https://youtu.be/jv7frUntIY8

Quote batmana 10-3-2017 08:52 PM
bape tahun la nk simpan..
Quote DeeHanania 10-3-2017 09:02 PM
awekjepun replied at 10-3-2017 07:45 PM
Tp pelik..rakyat korea utara tak kisah ke pemimpin kejam cam tu

Warga sna, kurang pendedahan dengan IT...hanya pejabat2&kerajaan jek yang ada penggunaan internet, tu pun lembab... Kehidupan sana da ke zaman tondan 50/60an...lagi 1,warga sana taksub gan pemimpin ibarat Dewa/Tuhan...cuba ngok kisah disebalik NK melalui History Asia
Quote DeeHanania 10-3-2017 09:03 PM
oak.balustrade replied at 10-3-2017 07:21 PM
Baguslah akhirnya dah ada padanan..jahatnya si adik tu sanggup bunuh abg sendiri

Kann... Akhir nya..
Quote sepertiitu 10-3-2017 10:18 PM
Life orang NK tak sama macam dunia permodenan yang kita semua alami sekarang. rakyat marhein nak keluar dari negara sendiri pun kena keluar cara haram sebab tak dibenarkan. kalau nak tau macam mana life zaman 70/80an, boleh pegi sane
Quote nolya 11-3-2017 12:05 AM
lostnfaun replied at 10-3-2017 07:28 PM
Masa bila gaknya waris dtg...

Skr ni, apa jua kenyataan drp pihak atasan yg menangani kes jenayah berisiko dan berdampak kpd hubungan negara, harus kita terima dan percayai seadanya tanpa perlu bertanya lebih2 lagi.  Kalau nak ditelusuri satu per satu mcmana kesohihan itu pasti, drp mane dna diperoleh dan segala cara kontek serta siasatan yg dibuat menjadi kerahsiaan peringkat tinggi/negara dan tak akan dimaklumkan. Miskipun kita ingin tau banyak, ada banyak soalan2 yg mau ditanyakan, tetapi as far as KorUt is concerned, kita semua tau risiko dan pertaruhannya apa dan siapa. So, for now apa juga statemen yg diumumkan oleh IGP, that's it and shall have no further question.  Kita bersimpati dgn rakyat Msia yg sedang 'disandera' dan kita berikan aje doa semoga mereka semua selamat dan sehat shnga persoalan ini selesai...... InsyaAllah.

Quote oak.balustrade 11-3-2017 08:21 AM
nolya replied at 10-3-2017 04:05 PM
Skr ni, apa jua kenyataan drp pihak atasan yg menangani kes jenayah berisiko dan berdampak kpd hub ...

True indeed, sis
Quote Lista 11-3-2017 08:46 AM
Entahlah, musuh tembak MH17, sampai sekarang tak setel lagi. MH370 tak tahu hilang kat mana. Ni pulak kes NK rakyat Msia stuck kat sana. Rakyat jugak yg jadi mangsa, akhirnya.
Quote dodolgemok 11-3-2017 08:49 AM
awekjepun replied at 10-3-2017 07:45 PM
Tp pelik..rakyat korea utara tak kisah ke pemimpin kejam cam tu

Sis kena byk membaca dan lihat dokumentari pasal north korea. Mereka sedari kecil lagi dah disuruh menyembah pemimpin mereka. Mereka juga ditakut2 kan dgan hukuman bunuh dan hard labor sepanjang hayat. Akses dunia luar tiada, nak ke luar negara xboleh. Mereka hanya terperuk dlm negara sendiri.
Quote dodolgemok 11-3-2017 08:52 AM
Dodol syiak mereka ada jumpa waris secara rahsia utk amek sampel dna tapi waris xmau tuntut mayat sbb faktor keselamatan. So mungkin pulangkan balik ke korut?
Quote nolya 11-3-2017 09:39 AM
So now M'sia kena tanya secretly kat waris, nak diapekan mayat si KJN. Hantar balek ke KorUt atau tanam/bakar kat sini dn abu mayat hantar ke sane. Nanti dicurigai pula bukan abu mayat si mati. Kalai igp boleh secretly dpt dna iwaris, barangkali cara sama boleh digunakan untuk serahkan abu mayat. Beria2  sangat nak minta mayat tu atas alasan wn mereka,  adakah memang begitu prosidurnya. Kalau yg mati bukan KJN, pun kena hantar balek mayat ke?
Quote nolya 11-3-2017 10:04 AM
Kalau sya seorang sutradara dlm filem kes mcm ni, sya pakat ahli waris hadir kat tempat bakar mayat ttpi mereka hadir dlm bentuk penyamaran. Upacara dan proses kremasi dilakukan secara rahsia tanpa ada orang luar, cukup pihak polis dan waris paling dekat iaitu anak isteri shj. Jgn ada satu pun orang luar kerana khuatir akan ada perisik di mana2.  Pihak kremasi juga diwajib merahsiakan kemudian ada surat serah terima abu mayat yg ditt dn dimetrai. Demi keselamatan tahap tinggi, abu trs jgn diserahkan pada hari yg sama tapi disimpan dulu dlm 'safety box' yg hanya boleh dituntut oleh ahli waris dgn password atau pengenalan khusus yg hanya waris shj boleh tau/kenal. Polis pun tak boleh tau.

Ada lagi jalan cerita yg boleh diperpanjangkan.... Tapi biarlah tak didiskripsikan selanjutnya. Khuatir akan disalahertikan.
Quote Suheila 11-3-2017 05:07 PM
korea utara dh train rakyat dia dari kecil untuk taat dengan negara dan pemimpin. dari kecil dah kene brainwash. kau rasa?. malah ditakut takut kan. kalau mengkhianati negara, sampai 7 keturunan la dihukum. Makan bercatu. highway berlane lane. tapi sape je mampu beli kereta? kemudahan memang out. propaganda kuat.

hanya keluarga yang berkedudukan tinggi sahaja dapat menikmati permodenan dunia. cuba tengok vice news dekat utube fasal NK ni. tengok macam mana layanan mereka terhadap tetamu. siap upah pelakon eyk, nak bagi nampak negara harmoni aman damai kaya bagai.
Quote aldilla_zahraa 11-3-2017 05:19 PM
CiliPadiSedap replied at 10-3-2017 11:26 AM
KKM nak kebumikan dekat mana?

Bakar la kot.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051563 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top