CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangkitan Influenza Meningkat Menjadi 465 Kes Di Perak

13-3-2017 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3463| Komen: 19


Seramai 27 lagi pelajar dari tiga buah sekolah di Ipoh dikuarantin selepas menunjukkan simptom menghidap jangkitan influenza atau kluster Influenza Like-Illness (ILI).


Jabatan Kesihatan Perak dalam satu kenyataan berkata, kes terbaru itu menjadikan jumlah pelajar yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat daripada 438 orang sejak semalam kepada 465 pelajar.

Memetik laporan Bernama, sebanyak 25 kes baru dilaporkan dari Sekolah Izzudin Shah, manakala dua lagi di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Setakat ini, seramai 226 pelajar terbabit dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah dan 115 dari Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR).


Turut terjejas, 83 pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan, 13 dari Kolej Vokasional Slim River, 25 dari Sekolah Izzudin Shah dan tiga lagi pelajar Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya.

Kebanyakan kluster ILI yang dilaporkan sebelum ini adalah disebabkan virus influenza bermusim antara lainnya meliputi Influenza A(H1N1), Influenza A (H3N2) ataupun Influenza B.

ILI merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.- CARI



26

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
20

Sedih
24

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 13-3-2017 07:10 PM
bukan budak sekolah jerr kena, penduduk sekitar ipoh pun byk yg kena.
flu kali ni agak lebeh teruk penangan nya
sambal ada yg kena masuk drip dan duduk kat ward. batuk kali ni susah nak baik.makan obat berbotol pun tak nampak kurang.virus apa la ayak nya.
Quote Aizuzu 13-3-2017 07:55 PM
Skrg Nie mcm2 penyakit
Quote white_musk 13-3-2017 08:13 PM
Radiasi Pyongyang x sampai Kuala Lumpur, sampai ipoh je.. Masih perlukan 200km
Quote makneng 13-3-2017 08:16 PM
Hari tu kajang ni ipoh pulak tabahlah..
Quote lasagnaklcc 13-3-2017 08:29 PM
Saya dah seminggu batuk dgn selsema... ubat dah abis tp tak baik2. Batuk berkahak yg rimas tu, nafas pon pendek. Berjaga2 la korg...
Quote ronapink 13-3-2017 08:36 PM
sian budak sekolah..


xboleh cuti le budak2 tu
Quote ninja boy 13-3-2017 09:17 PM
makan garlic lemon byk2
Quote WhiskeyScotch 14-3-2017 12:11 AM
Seksanya kalau ramai yang sakit macam tu. Tutup je la sekolah yang terlibat buat sementara waktu.
Quote shamsadis 14-3-2017 01:16 AM
Perubahan cuaca ke
Quote PongKang 14-3-2017 01:22 AM
kat opis aku pun ramai kene sakit tekak batuk selesema demam pastu sakit sendi.. aku je selamat xkene sbb da amik jab bln lepas.. mmg setiap tahun aku amik jab. pegi je memana klinik mintak influenza jab dlm myr68. xyah demam setahun.
Quote akusukaq 14-3-2017 08:48 PM
PongKang replied at 14-3-2017 01:22 AM
kat opis aku pun ramai kene sakit tekak batuk selesema demam pastu sakit sendi.. aku je selamat xken ...

aku dah lima tahun tak dapat batuk seleseme
ni.sebab aku setiasa makan multivitamin surbex. tp bila aku berenti ambik
,lepas lima bulan terus kena batuk ,selesme yg teruk.dah tiga minggu batuk maseh ada.kuman pati dr seberang kut.
Quote PongKang 14-3-2017 09:59 PM
akusukaq replied at 14-3-2017 08:48 PM
aku dah lima tahun tak dapat batuk seleseme
ni.sebab aku setiasa makan multivitamin surbex. tp bi ...

adui.. take care n semoga cepat sembuh
Quote meteorspeed 14-3-2017 10:29 PM
Aduihh jauh la
Quote sunnychoc 14-3-2017 10:44 PM
Tahun lepas bru je kena influenza B  . ngam ngam i balik dr kl sentral.. Sb sesak org rmai kan... balik rumah dpt demam... sakit smpai ke tulang sendi. Nak bangun pun kaki terketar2.. check clinic 39deg.. i mintak refer hospital, then positive influenza B.. sminggu drip air fuhhh x nk sakit dah
Quote keren 15-3-2017 03:07 PM
semoga cepat sembuh
Quote catalina 15-3-2017 04:03 PM
anak sedara & mak sedara husben dapat penyakit ni

anak sedara tu sbb dia sekolah kat STAR
nenek dia pegi jaga dia kat hospital bainun jumaat lps
trus jangkit
skang dua2 duk dlm kpj kena kuarantin
Quote jlocute 25-12-2017 06:29 PM
I ols satu family baru2 ni warded kene influenza A, sekarang ni mmg musim
Quote akusukaq 25-12-2017 08:54 PM
tak sangka begitu mudah boleh dpt influenza A. jangkit dr anak buah yg jgk dapat dr kawan kat tadika. sekse weh.batuk berminggu, badan lemah terhoyong hayang mcm nk rebah.lenguh sendi badan.dah buat blood test baru tau kena h1n1. nyesal plk sebelum ni tak ambik vaccine tu. memang bila kita tak sangka mudah plk  terkena.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050003 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top