Empat lelaki warga Bangladesh yang cuba berenang ke Singapura dari perairan Malaysia ditahan oleh Polis Pengawal Pantai (PCG) kerana menyalahi undang-undang masuk ke negara ini.
The Star melaporkan mereka yang berumur antara 25 dan 42 tahun itu dikesan di tengah laut perairan Malaysia, dekat Sungei Tuan pada pukul 12.22 tengah hari Selasa, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam satu kenyataan bersama kelmarin. Dilaporkan pasukan penguatkuasa darat dan laut telah dikerahkan ke kawasan perairan dan empat lelaki terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut. ICA dan PCG berkata mereka memandang serius sebarang percubaan untuk tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan, memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram. Difahamkan, mana-mana pihak yang berada di negara ini melebihi tempoh atau memasuki Singapura secara haram boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan dan menerima sehingga tiga kali sebatan.- CARI
|
24
Bagus |
7
Marah |
18
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT