CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokok Ganja Ditanam Bersama Pokok Cili, Taktik Terbaru Ini Berjaya Dikesan

15-3-2017 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5726| Komen: 37

Hasil maklumat risikan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik berjaya mengesan kegiatan menanam ganja secara haram oleh seorang buruh tempatan berusia 30-an di rumah sewaannya yang terletak di Kampung Cheras Baru.


Memetik laporan Bernama, taktik menanam pokok ganja bersama tanaman cili dalam pasu yang sama akhirnya terbongkar ketika serbuan yang dijalankan pada 9.10 malam Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias, hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemukan dua pokok ganja dengan ketinggian 47 hingga 60 sentimeter ditanam bersama pokok cili di dalam sebuah pasu besar di halaman rumah.

"Polis juga menemukan tiga batang anak pokok dengan ketinggian antara 10 sehingga 25 sentimeter yang ditanam dalam bekas kecil yang diletakkan di atas pam tandas rumah itu."

Di samping itu, sepaket plastik berisi ceraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 4.80 gram yang telah diproses dan bernilai RM100 serta beberapa benih pokok ganja turut dirampas.


Susulan itu, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 Mac ini bagi membantu siasatan.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 6 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.- CARI



35

Bagus
34

Marah
15

Terkejut
25

Sedih
23

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 15-3-2017 06:23 PM
Selamba aje tanam Kat laman..
Tringat 1 movie cina dulu..Kat 1 tmpt mcm pulau, penuh ngan pokok ganja 1 amoi rabun pi petik n rebus sbb dia ingatkan daun teh..abis smua yg minum trbongkang mabuk..
Quote hzln 15-3-2017 06:26 PM
Menyahut seruan kerajaan ni...cili mahal, tanam sendiri pokok cili....ganja mahal, tanam sendiri pokok ganja
Quote kecimpret 15-3-2017 06:33 PM
Tanam ganja isap sendiri dah lerrr..ni mesti tanam pastu jual..tu yg kantoi
Quote xAthenax 15-3-2017 06:35 PM
zaman dulu,
atok kaka pun tanam sepokok
hadiah dari apek penjaja yang datang berjual di kampung
ubat migraine katanya
Quote CiliPadiSedap 15-3-2017 06:43 PM
hurm dpt idea, lot ganja..

invest tanam dekat utara thailand..

utara thailand tempat utama supplier dadah asia dan kedua terbesar di dunia.. which is very productive and economy power..

tu yang penyangak dadah asyik kena tahan  border kayu hitam daripada thailand nak masuk malaysia sebab supplier duk sinun utara thailand..
Quote manjalara_01 15-3-2017 07:05 PM
CiliPadiSedap replied at 15-3-2017 06:43 PM
hurm dpt idea, lot ganja..

invest tanam dekat utara thailand..

menarik info..out of curiosity bile polis dpt tangkap pengedar dadah or yg seangkatan dgnnye..
stok2 dadah or mcm dlm kes ni katala byk pokok2...sampai x terkira ..polis buat ape dgn dadah tu? seriously
Quote CiliPadiSedap 15-3-2017 07:09 PM
manjalara_01 replied at 15-3-2017 07:05 PM
menarik info..out of curiosity bile polis dpt tangkap pengedar dadah or yg seangkatan dgnnye..
st ...

kita bakar stok ganja kt indon
Quote Mary_jane 15-3-2017 07:42 PM
Tapi ganja mengkhayalkan, kenapa perlu di legalize kan? Dengan bbnu  sibuk pakai baju bob marley. :shakehead:
Quote ronapink 15-3-2017 08:22 PM
selamba je tanam depan rumah
Quote haZelEyEz 15-3-2017 10:02 PM
Waw...nak sikettt...
Quote jojie 15-3-2017 11:37 PM
Wow mesti ingat tak akan kantoikan!!
pokok cili tu mesti rasa best setiap masa bau ganja
Quote sukacactus 16-3-2017 06:48 AM
Nampak subur tanaman dia...pandai dia jaga
Quote HannahMontana 16-3-2017 07:48 AM
boleh ubat penyakit cancer


itulah penawarnya ,daunnya direbus buat minum air rebusannya.
Quote catalina 16-3-2017 08:25 AM
konsep pertanian adalah satu perniagaan
Quote raihaneem 16-3-2017 08:37 AM
Cantik daun ganja ni
Quote chinta89 16-3-2017 08:53 AM
hzln replied at 15-3-2017 06:26 PM
Menyahut seruan kerajaan ni...cili mahal, tanam sendiri pokok cili....ganja mahal, tanam sendiri pok ...

btl2 menyahut seruan wak lan..

buat 2 keja.
Quote kecimpret 16-3-2017 08:56 AM
sukacactus replied at 16-3-2017 06:48 AM
Nampak subur tanaman dia...pandai dia jaga

pernah gi kursus FAMA kot



Quote surwanis 16-3-2017 09:00 AM
ni kantoi mesti sibuk ckp beso...
org laen pun jeles tu yg p report..
Quote namirulmukminin 16-3-2017 09:06 AM
Satu ketika dulu penah ada cadangan oleh MP utk pinda Akta Dadah bagi menghalalkan ganja neh.. Apa citer dah ek?? Ganja ni sbnarnya banyak manafaat dia berbanding keburukan yang salah guna tu.. Malaysia je bodoh semua benda nak haram.. Haram perbuatan salah guna tu je dah la... Tak perlu la nak haramkan daun ganja tu... Bongok!!

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060497 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top