CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disyaki Bakar Rumah Bekas Suami, Janda Diburu Polis

16-3-2017 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9245| Komen: 69

Pihak polis sedang mengesan seorang wanita disyaki terbabit kes kebakaran dua buah rumah milik bekas suami dan ibu mertuanya baru-baru ini.

Memetik Kosmo!, wanita terbabit Nur Athirah Zulkifly, 28, berasal dari Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, diminta hadir di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan kes berkenaan.



Foto: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, bekas suaminya yang merupakan ahli perniagaan mendakwa kerugian sebanyak RM35,000 dalam kejadian pertama pada Sabtu lalu.

Pelbagai peralatan dan kelengkapan di rumahnya turut musnah dalam kejadian kira-kira jam 5.25 pagi itu.


“Menurut mangsa, dua lelaki bermotosikal telah memecahkan cermin tingkap ruang tamu rumahnya sebelum menyalakan api selepas mencurahkan petrol. Suspek kemudian melarikan diri.

“Keesokan harinya kira-kira pukul 4.20 pagi, sebuah kereta Toyota Wish yang diletakkan di hadapan rumah bekas ibu mertuanya di Kampung Chicha di sini dibakar individu tidak dikenali sebelum merebak dan memusnahkan sebahagian rumah mangsa. Kerugian dianggarkan berjumlah RM50,000,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. - CARI
21

Bagus
6

Marah
22

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 16-3-2017 07:25 AM
KOTA BHARU – Seorang janda muda dicari polis bagi membantu menyelesaikan siasatan kes kebakaran melibatkan dua buah rumah milik bekas suami serta ibu mertuanya baru-baru ini.

Janda comel dari Wakaf Bharu, Tumpat yang bekerja sendiri itu, Nur Athirah Zulkifly, 28, diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu menyelesaikan kes yang disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 5.25 pagi Sabtu lalu apabila rumah sewa bekas suaminya di Jalan Belakang Asrama Zainab di sini terbakar.

Katanya, dalam kejadian itu, ahli perniagaan tersebut mendakwa telah kerugian RM35,000 apabila pelbagai kelengkapan dan peralatan rumahnya musnah.

“Menurut mangsa, dua lelaki bermotosikal telah memecahkan cermin tingkap ruang tamu rumahnya sebelum menyalakan api selepas mencurahkan petrol. Suspek kemudian melarikan diri.

“Keesokan harinya kira-kira pukul 4.20 pagi, sebuah kereta Toyota Wish yang diletakkan di hadapan rumah bekas ibu mertuanya di Kampung Chicha di sini dibakar individu tidak dikenali sebelum merebak dan memusnahkan sebahagian rumah mangsa. Kerugian dianggarkan berjumlah RM50,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 8.htm#ixzz4bQFO5igM
Hakcipta terpelihara
Quote sebu 16-3-2017 07:36 AM
Gile.Ape yg dimarahkan sgt tu
Quote zamzarai 16-3-2017 07:51 AM
gila talak ka
Quote haryatie 16-3-2017 07:54 AM
Ya Allah...
kalau marah sekali pun kat bekas suami xde keje nak buat sampai macm ni
lantak dia la situ...
baik teruskan hidup..
perbaiki kehidupan sendiri dr musnahkan hidup bekas suami pastu hidup sendiri pun termusnah sama
Quote chinta89 16-3-2017 08:10 AM
x psal2 ko kena jel kalau btl ko yg buat...
Quote saden 16-3-2017 08:13 AM
cun tapi psycho, nak tak?
boleh buat poll baru ni
Quote mieymiey 16-3-2017 08:19 AM
Cantik orangnya (merujuk pada gambar yang pakai tudung sebab kening tak over)
Tapi sayang, hatinya dipenuhi dengan dendam kesumat sehingga tergamak melakukan khianat dengan api
Quote catalina 16-3-2017 08:21 AM
another saiko
Quote onexox97 16-3-2017 08:27 AM
jangan main2 demgan hati perempuan
sekali hati dia terbakar
hbis rumah kereta dibakarnya
Quote sebu 16-3-2017 08:30 AM
onexox97 replied at 16-3-2017 08:27 AM
jangan main2 demgan hati perempuan
sekali hati dia terbakar
hbis rumah kereta dibakarnya

Yg waras xkan buat onexox yg mental Je akan buat bende2 gitu
Quote bolamata 16-3-2017 08:32 AM
pernah jumpa dan ada pengalaman dengan sorang janda ni...kuat menipu rupanya dan scammer giler... mental retarded
Quote Loxlaxman 16-3-2017 08:34 AM
Dia tak puas nafkah batin ler teww..
Quote cocorex 16-3-2017 08:36 AM
Gila isim ker pompuan tu?
Quote leylapple 16-3-2017 08:36 AM
skrg org keliru cantik mekap dgn cantik semulajadi
Quote myakayina 16-3-2017 08:45 AM
ya ampun dik..ko tu cantik..ramai lagi lelaki kat luar sana boleh buat suami.. ..jadahnya ko pegi bakar rumah ex suami tu.. ni lah kata org beauty w/o brain..  
Quote onexox97 16-3-2017 08:59 AM
sebu replied at 16-3-2017 08:30 AM
Yg waras xkan buat onexox  yg mental Je akan buat bende2 gitu

tepat sekali

keje org mental je ni

  
Quote insulin 16-3-2017 09:11 AM
Cantik namun menakutkan.....
Quote Star_el 16-3-2017 09:12 AM
"Janda comel dari Wakaf Bharu,"

ni mmg ditulis dlm berita tu ke TT yg tambah? XD
Quote aHoi83 16-3-2017 09:13 AM
Laki kelantan mabok dadah, perempuan kelantan gila meroyan

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049557 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top