CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bapa Mithali Ini Menangis Setiap Kali Hantar Anaknya Ke Sekolah

16-3-2017 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9335| Komen: 15|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Menggalas tugas sebagai seorang bapa bukanlah semudah yang disangka. Selain mencari nafkah, tugas seorang bapa yang merupakan ketua keluarga tersangat berat.


Bapa yang hebat adalah bapa yang tidak hanya memberi nafkah semata-mata kepada keluarganya, tetapi sentiasa memberi didikan yang sempurna, penyayang, teman terbaik kepada isteri dan anak-anak serta selalu menjadi contoh dalam sebuah institusi kekeluargaan. 

Bercerita mengenai bapa, kisah yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Shirfan Indra mengenai seorang bapa mithali ini menjadi tular dan telah menyentuh hati ramai pembaca. Jom baca perkongsian yang penuh bermakna ini!


Saya sering ternampak individu ini apabila menghantar anak ke sekolah. Bapa juga sama seperti saya menghantar anak saban pagi ke sekolah.


Namun perlakuan dan tindakannya sering saya perhatikan. Saya kategorikan beliau sebagai bapa yang baik.


Setiap kali melepaskan anaknya masuk ke sekolah, beliau akan memastikan anak yang kemas berpakaian. Beliau akan menunggu di luar pagar sehingga anaknya hilang dari pandangannya. Dalam tempoh itu, dia akan melambai-lambai tangan pada anaknya dan menjeritkan perkara-perkara yang positif pada anaknya.


Sering saya dengar perkataan "focus, focus, focus...", "u can do it" dan pelbagai kata perangsang yang lain. Anak-anak lain juga akan mendengar jeritan bapa ini.


Selepas anaknya hilang dari pandangan, beliau akan mengambil masa 5 minit menunggu. Bila semuanya selesai, barulah beliau bergerak sambil mengelap matanya yang basah saban pagi. Saya fikir, doa panjang berlagu di dadanya...


Bila kali terakhir kita mengalir air mata melepaskan anak ke sekolah... atau bila kali terakhir kita doakan permata hati kita itu...


Perhatikan manusia. Mereka mungkin jadi guru kita tanpa sedar...



Netizen yang membaca perkongsian ini melahirkan rasa sedih dan turut berkongsi kisah pengorbanan bapa masing-masing.



Oleh itu, hargailah pengorbanan bapa anda ketika mereka masih lagi bernyawa. Jangan sesekali menjadi seperti kacang lupakan kulit. - CARI




18

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 16-3-2017 03:02 PM

ke dia menangis sebab sakit perut

Quote eshida 16-3-2017 03:37 PM

ni lagi sedih

Quote allhaillll 16-3-2017 04:01 PM
eshida replied at 16-3-2017 03:37 PM
ni lagi sedih

hujan ke tu
Quote miss_curious 16-3-2017 04:12 PM

haih tumpah air mata dekat office tengok gambar macam ni..

tak payah letak caption but picture says it all



Quote WhiskeyScotch 16-3-2017 04:26 PM
Ya Allah, luluh hati baca. Semoga anak ni jadi anak yang soleh jangan kau derhaka dengan ayah kau.
Quote talapia 16-3-2017 04:31 PM

situasi ni aku biasa nampak...

tapiii




bibik yg hantarkan.
Quote mieymiey 16-3-2017 04:32 PM
Begitulah pengorbanan ibu bapa. Anak-anak dah besar nanti jangan derhaka tau
Quote Pajeri_Nenas 16-3-2017 06:27 PM
ni cerita taun Bila recycle 100 Kali ni dek
Quote siskepoh 16-3-2017 06:46 PM
tingat abah kita. rindu abah hehehe
Quote ronapink 16-3-2017 07:04 PM
hmmmm         
Quote samisfar 17-3-2017 06:58 AM
Edited by samisfar at 17-3-2017 07:00 AM

Aku doakan ayah daddy bapa papa abah semua sihat dan Allah permudahkan segala urusan mereka dan diberi rezki sentiasa penuh di dunia dan buat akhirat!
Quote kokocrunch 17-3-2017 02:19 PM
tersentuh hati...AL-fatihah utk arwah abah...
Moga dipermudahkan segala urusan semua ibabapa & diberikan kesihatan serta umur yg barokah...
Quote Core 18-3-2017 06:11 PM
Aku pun hantar anak tiap2 pagi, naik kereta la tapi. Pun aku mesti perati anak aku sampai masuk sekolah dan sayup2  hilang dari pandangan, makin jauh makin kecik mata aku perati, sebab dah pernah ada rekod ponteng
Quote redapple10 11-8-2017 09:11 PM
Sapa kata laki x hati tisu...
Quote makita 11-8-2017 09:36 PM
Aku lebih rela naik bas.kalau bapak jemput sure air mata aku mengalir sbb kene marah sbb baju kotor sgt mkn ais krim.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.133990 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top