CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Rakyat Korea Utara Diburu, PDRM Terima Notis Merah Interpol

16-3-2017 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3924| Komen: 7

"Kita telah memperoleh notis merah untuk empat rakyat Korea Utara yang berada di lapangan terbang pada hari kejadian." 

Memetik mStar Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh notis merah daripada Interpol yang membenarkan penahanan empat rakyat Korea Utara dipercayai terbabit pembunuhan Kim Jong-nam.


"Kami percaya mereka telah pulang ke Pyongyang. Kita berharap dapat menahan mereka menerusi Interpol," katanya.


Foto: mStar Online

Notis berkenaan berperanan sebagai waran tangkap antarabangsa kepada negara anggota dengan menyenaraikan nama individu yang dikehendaki untuk proses ekstradisi (pengembalian penjenayah oleh sesebuah negara supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara tempat jenayah dilakukan).


Empat individu terbabit ialah Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57, 


Foto: Malay Mail

Mereka memasuki negara ini secara berasingan beberapa hari sebelum Jong-nam dibunuh dan kemudiannya didapati menuju ke Jakarta dari klia2.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia masih belum memulakan rundingan rasmi dengan Korea Utara berhubung pembebasan sembilan rakyat Malaysia yang masih terkandas di Pyongyang.


Foto: mStar Online

"Apabila tiba masanya, kita akan berunding secara rasmi dengan Korea Utara.

"Kita mendapati rakyat kita di sana dalam keadaan selamat. Ia dijamin dan tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya. - CARI
14

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
22

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lil_sparky 16-3-2017 03:30 PM
hbs tu bila nk runding secara rasmi?
Quote namirulmukminin 16-3-2017 03:49 PM
lil_sparky replied at 16-3-2017 03:30 PM
hbs tu bila nk runding secara rasmi?

Sabar.. bagi masa dia nak kepit telur dulu...
Quote aqissa 16-3-2017 03:53 PM
Selasa.... tunggu Selasa baru runding....  
Quote cekelatkopi 16-3-2017 03:56 PM
per citer 1 fam anak 2 org yg still stuck kat sana?  duduk dalam diplomatic compound tu je lah tak kluar2?
Quote gigahertz 16-3-2017 07:03 PM
cekelatkopi replied at 16-3-2017 07:56 AM
per citer 1 fam anak 2 org yg still stuck kat sana?  duduk dalam diplomatic compound tu je lah tak k ...

mati kebuluran. xde nasik
Quote akusukaq 16-3-2017 11:38 PM
cekelatkopi replied at 16-3-2017 03:56 PM
per citer 1 fam anak 2 org yg still stuck kat sana?  duduk dalam diplomatic compound tu je lah tak k ...

dorang bebas keluar mcm biasa.
pergerakan tidak dikawal.cuma tak dibenar meninggalkan NK.tp dorang  rase lebeh selamat tinggal diembassy.tak la plk sampai tak boleh  keluar  shoping beli keperluan
Quote pyropura 16-3-2017 11:45 PM
...sembang kencang bukan main...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.097253 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top