CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jujur, KTMB Terima Surat Serta Wang Bayaran Tambang Tiket Tahun 2001

17-3-2017 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7493| Komen: 25|Original author: Oleh: Maly Rosli

Masih ingat lagi kisah individu terjumpa sejumlah wang berserta bil air (SAJ), lalu tolong membayarnya? Kali ini kisahnya agak sama tetapi tidak serupa.

Semalam merupakan hari yang agak luar biasa bagi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) apabila menerima sepucuk surat berserta nota dan wang.



Mungkin kali pertama dalam sejarah KTMB menerima surat memohon maaf daripada seorang individu yang mahu membayar 'hutang' tambangnya pada tahun 2001.

KTMB semalam memuat naik gambar surat berkenaan berserta wang RM5. Menerusi surat berkenaan, kejadian berlaku apabila individu terbabit bersama seorang rakan menaiki komuter tetapi tidak turun di perhentian sepatutnya.

"Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).

"Jadi di sini saya sertakan RM2 sebagai ganti," tulisnya.

Difahamkan, individu berkenaan menyedekahkan baki RM3 kepada sesiapa yang dapat membantunya menyampaikan amanah tersebut.

Menerusi tweet KTMB itu, pihaknya turut berterima kasih kepada individu berkenaan yang disifatkan sebagai seorang yang jujur.



"Hari ini kami terima surat bersama dengan wang RM5 untuk bayaran tambang tiket Komuter tahun 2001. Terima kasih banyak-banyak. #jujur," tulisnya.

Rata-rata netizen menyatakan rasa kagum mereka terhadap sikap jujur individu terbabit.

"Hormat orang berhati mulia dan jujur seperti ini," tulis netizen.


Foto: Twitter KTMB

Bukan selalu kita jumpa dengan orang yang bersikap jujur, jadi memang seharusnya dihormati orang sebegini. Cepat-cepatlah langsaikan hutang anda sekiranya anda masih berhutang pada seseorang. - CARI

17

Bagus
18

Marah
6

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 17-3-2017 11:39 AM
orang yg memang tersemat sikap jujur dalam diri ni
hatta berhutang 10sen pun
akan rasa tak sedap hati, rasa berdosa je
punggung rasa panas
bahu rasa berat
selagi hutang tak dibayar

mesti orang yg berhutang tu rasa lega bila dah setel benda ni kan
bahu pun jadi ringan je
Quote alieyrina 17-3-2017 12:00 PM
Aku pun rasa besalah kalau byr tol tekurang ka apa..
Quote mamapea 17-3-2017 12:08 PM
Edited by mamapea at 20-3-2017 10:02 AM

bab2 hutang ni jgn ambik ringan la...
lbh2 lg hutang makanan...
aku pernah pi mkn kt the loaf...
kwn aku yg byr bil dulu..
bila nak byr kt kwn aku cream puff yg aku makan xde dlm bil...
esoknya aku pi byr...selagi x byr mmg x senang hati...risau ni xtau nk ckp...
bos aku slamber jer...slalu pesan mknn tp x byr pun...dia buat bodoh...
org bg hint siap bg resit skali xkan x faham2 kot...
Quote stayathomemom 17-3-2017 01:01 PM
Bagusnya lahai...anak sape ni...sekurang2nya org macam ni kat alam kubur selamat dr seksaan sebab berutang....alhamdulillah
Quote mejaputih 17-3-2017 01:34 PM
semoga ramai lagi yg jujur mcm ni..suka tgk benda2 positif mcm ni...
Quote esbatu 17-3-2017 03:09 PM
hmmm... bagus nya la hai..

sesetengah org masa nak pinjam duit kenmain berjanji palesu nak bayar.

sampai masa wat dek je.. nasib badan
Quote dvotes20 17-3-2017 03:17 PM
aik..boleh ke taruk duit dlm sampul?
rase mcm xboleh je
Quote chacon 17-3-2017 03:24 PM
mungkin dia dah dapat hidayah untuk bertobat. bercukorla

Quote WhiskeyScotch 17-3-2017 05:08 PM
Semoga diberkati dan dirahmati hendaknya. Aamiin.
Quote CARI-MRO 17-3-2017 06:01 PM
haha comel gila. ayatnya lg comel
Quote aderaderker 17-3-2017 07:54 PM
2017-2001

Lamanya KO kumpul duit dik
Quote gigahertz 17-3-2017 10:28 PM
dvotes20 replied at 17-3-2017 07:17 AM
aik..boleh ke taruk duit dlm sampul?
rase mcm xboleh je

aku rasa ni cerita hasanah
Quote SalenaGomez 18-3-2017 12:33 PM
stayathomemom replied at 17-3-2017 01:01 PM
Bagusnya lahai...anak sape ni...sekurang2nya org macam ni kat alam kubur selamat dr seksaan sebab be ...

Ko bayangkan kalau org yg bhutang or amik duit org sebab mlm...cane laaahhh dia nak cover balik kan....
Quote MarryPottet 18-3-2017 02:31 PM
ini bukan edisi #jujur, tapi edisi #insof namanya
kalau jujur, dia takkan buat benda tu in the 1st place
mesti dia ada buat list perkara buruk yg dia pernah buat dlm hidup & perlu dikembalikan haknya kpd yg dah disalahi mcm dlm sitcom my name is earl tu
Quote Esmiria 18-3-2017 05:32 PM
mamapea replied at 17-3-2017 12:08 PM
bab2 hutang ni jgn ambik ringan la...
lbh2 lg hutang makanan...
aku pernah pi mkn kt the loaf...

bakpe x terus trang jr
Quote Sayaaa 18-3-2017 06:51 PM
alhamdulillah
Quote Genkidesuka 19-3-2017 07:39 AM
Alhamdulillah.  Selagi masih hidup, kenangkanlah dosa2 yg kita pernah buat.  Insafkan diri dan cubalah utk membaikinya.  
Quote mamapea 20-3-2017 10:03 AM

mmg jenis kulit tebal mcm biawak...
jenis nak mkn free...bila mtg kitorg yg kena beli mknn keluar duit sndr...
padahal ada peruntukan tp xnak pakai...
aku pun lg 3 bln jer keja kt sini...kontrak aku dh x smbg...
dia buat aniaya aku...
Quote dvotes20 20-3-2017 10:37 AM
gigahertz replied at 17-3-2017 10:28 PM
aku rasa ni cerita hasanah

tauxpe...borringgg

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045203 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top