Lazimnya harimau dianggap sejenis haiwan yang menakutkan apabila melihat gaya mukanya yang bengis dengan gigi taringnya yang tajam.
Namun bertempat di Cisewu, Bandung di mana dalam kem komandonya terdapat binaan patung harimau langsung tidak menampakkan sifat haiwan itu yang garang hingga menjadi bahan jenaka di media sosial. Memetik laporan AFP, segelintir netizen menganggap harimau itu kelihatan seolah-olah tersenyum lebar, sekali gus tidak melambangkan keberanian dan ketangkasan. Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga ada menggelarnya ‘harimau paling bahagia di dunia.’ Berikutan dikritik hebat, pihak tentara Indonesia mengambil keputusan untuk menurunkan patung harimau yang telah enam tahun diletakkan di atas papan tanda kem itu. Sementara itu, jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto berkata, setelah patung harimau itu diturunkan, ianya akan digantikan dengan maskot harimau yang baharu dan garang.
Bagaimanapun, tindakan pihak tentera menurunkan patung harimau itu juga telah menyebabkan pengguna sosial mengganggap pasukan keselamatan itu terlalu sensitif kerana tidak dapat menerima gurauan di Internet.- CARI |
30
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
30
Sedih |
25
Lawak |
41
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT