CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenduri Kahwin Ditunda

15-8-2013 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4772| Komen: 19

KEMAMAN – Rancangan seorang ibu tunggal enam anak untuk mengadakan kenduri perkahwinan anak ketiganya pada 30 Ogos depan lebur apabila barangan hantaran kahwin dan bunga telur hangus dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumahnya di Jalan Kubang Kurus, di sini, petang kelmarin.

Bukan sahaja persiapan perkahwinan, malah tunai kira-kira RM20,000 yang disimpan rapi di bawah tilam, beg duit dan beberapa tempat lain dalam rumah itu turut musnah dalam kejadian, kira-kira jam 4 petang itu.

Mariam Ismail, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Ton berkata, sejurus menyedari kebakaran itu, dia yang berada di warung kopi berhadapan rumahnya segera berlari meluru ke arah rumah tetapi dihalang daripada memasuki rumah oleh jiran tetangga yang mengerumuni rumahnya.

Ketika kejadian, tiga anaknya, Rofiza Ali, 39, Mohd Ridzuan, 27, dan Rohaida, 17, berada di dalam rumah.
Menurutnya, anak lelakinya hanya sempat mengeluarkan sebuah televisyen, kerusi dan beberapa helai pakaian kerana api marak.

Jumpa wang RM1,000

“Makcik hanya mampu lihat api memusnahkan rumah dengan asap hitam keluar berkepul-kepul. Lepas api padam, makcik masuk dan periksa rumah tapi semua barangan kahwin anak termasuk set minyak wangi yang diletakkan dalam bilik tidur makcik bersebelahan dapur sudah rentung semuanya.

“Barang kemas yang disimpan dalam bilik tidur juga tiada, yang tinggal cuma rantai leher dan gelang tangan emas yang makcik pakai sekarang untuk sambut raya,” katanya sebak.

Selepas diperiksa, hanya satu ikatan wang berjumlah RM1,000 ditemui, separuh sudah terbakar sementara yang lain sudah menjadi debu hitam.

Mariam berkata, wang tersebut ialah wang yang dikumpulkan hasil pemberian anaknya, Mohd Ridzuan, 27, yang bekerja sebagai pembancuh simen mozek.

Berikutan musibah itu, perkahwinan anaknya, Rohaniza, 30, yang bekerja sebagai pembantu kedai baju dengan pasangannya dari Kampung Paya Berenjut, Tuan Mohd Fauzi Tuan Razak terpaksa ditunda.

Rumah berkenaan dihuni Mariam lapan beranak termasuk seorang bapa saudaranya.

Anak saudara bakar pondok

Sementara itu, Rohaida berkata, dia terkejut melihat api marak ketika masuk ke bahagian dapur untuk minum air selepas baru pulang dari kedai.

“Sebelum keluar dari rumah untuk ke kedai, saya rasa macam nak keluarkan semua barang berharga dalam rumah, saya tak tahu kenapa rasa begitu,” katanya yang tidak menyangka gerak hatinya itu jadi petanda akan mengalami nasib buruk itu.

Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada perbuatan anak saudara Mariam yang juga pesakit mental membakar sebuah pondok buruk yang terletak di belakang rumah ibu tunggal itu sebelum api merebak ke bahagian dapur, seterusnya memusnahkan rumah terbabit.

Berikutan kejadian itu, anak mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, kira-kira jam 5.50 petang.
Kebakaran dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Chukai, dibantu Balai Bomba Kemaman dengan kekuatan dua jentera.

Adun hulur sumbangan

Musibah yang menimpa Mariam sekeluarga pada saat umat Islam masih dalam suasana meriah menyambut lebaran itu mendapat perhatian Adun Chukai, Hanafiah Mat yang turun padang melihat keadaan rumah mangsa.

Hanafiah turut menyalurkan bantuan awal dalam bentuk tunai berjumlah RM2,500.

“Diharap mangsa sekeluarga bersabar dengan ujian ini kerana ia ketentuan ALLAH SWT. Pas Dun Chukai selepas ini akan berusaha mencari dana bagi menampung kerugian yang ditanggung keluarga terbabit,” katanya.

Turut hadir menziarahi mangsa, Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad yang mewakili Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubang Kurus, Ahmad Fikri Ibrahim.

Rosli berkata, kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Menteri Besar dan JKKK akan mengumpul zakat serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk institusi perbankan untuk disalurkan kepada keluarga terbabit secepat mungkin.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi Mariam  menerusi talian  014-8171082.

1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaoyunjie 15-8-2013 08:51 AM
gara2 orang lain...diri sendiri yang merana...
Quote Budakmomok 15-8-2013 08:52 AM
20,000 tunai bawah tilam.mak aii
Quote miawpink 15-8-2013 08:56 AM
nape simpan duit bawah tilam??
bukan nya seringgit dua simpan bawah tilam tu?
Quote bluberi 15-8-2013 09:06 AM
dah bukan rezeki..
rm20K tu..
mesti makcik tu rasa nak bakar aje pulak anak sedara dia tu
Quote alladeen 15-8-2013 09:11 AM
aduiiiii 20k tu
Quote haryatie 15-8-2013 09:22 AM
kesian...
redha jer la..
wpun agak nya rasa nak bakar jerk pesakit mental tu..
Quote supernaturalee 15-8-2013 09:25 AM
kak ton...kak ton

simpan duit smpi 20k bwh tilam
stuck dlm zaman dulu lg ke ape ni
Quote artcrime 15-8-2013 09:25 AM
awat la mokcik tak bikin bankdraft aje.. aduihaii.. baik sedekah kat aku ni lagi baik.
Quote meichi7 15-8-2013 02:47 PM
pergggh lebur duit gitu je..sabar la mokcik
Quote mycute 15-8-2013 03:14 PM
ada lagi yg simpan duit bawah tilam, bantal.
Quote kelip2_07 15-8-2013 03:18 PM
xserik2 dok simpan duit bawah tilam bantal


Quote missyqaldina 15-8-2013 03:18 PM
asal la xde sape nak tengok atau jage pesakit mental tu..seb bek x rentung skali pesakit tu.
Quote mak_wa95 15-8-2013 03:21 PM
duit simpan berdikit2 gamaknya...dekat anak pun xdbgth...kalau tak mesti anak selamatkan 20k daripada dok angkut tv n kerusi
Quote lolipopmanish 15-8-2013 03:39 PM
sempat selamatkan tv
Quote PICes_Boy 15-8-2013 03:46 PM
byk duit 20ribu tu..maybe makcik ni lg senang simpan bawah tilam dari g bank simpan, kot2 mesin deposit pun xpandai pakai..nak g kaunter bank transport xde...xpun no akaun pun xingat..manalah tau...
Quote freebird 15-8-2013 03:51 PM
Apa khabar orang kampung.....
Apa lah ke bangang sangat?
Quote gaara_X 15-8-2013 03:53 PM
ada hikmah disebalik apa yang berlaku....
Quote jari10 15-8-2013 03:55 PM
duit yg terbakor tu klu msh dpt dikenalpasti identitinya, sila refer pd bank negara. ada rejeki, insyaAllah boleh ditukar

Quote redz85 15-8-2013 04:01 PM
lagi 2 minggu nak buat majlis, tu yang dia simpan bawah tilam.. senang duit ada di tangan.. bank mungkin jauh.. semoga dapat rezeki yang lebih baik

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.150174 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top