Kemaskini 6.00pm Kenyataan yang dikeluarkan BBC, lelaki yang ditembak mati itu telah menghampiri askar yang sedang meronda di kawasan lapangan terbang.
Selepas berjaya merampas pistol, dia telah lari menuju ke sebuah kedai sebelum berjaya ditembak mati. Saksi, Frank Lecam berkata, "Kami sedang berbaris sebelum berlepas apabila tiba-tiba terdengar tiga atau empast das tembakan." Polis telah mengeluarkan amaran kepada orang awam untuk menjauhi kawasan tersebut. ________________________________________________________________________ Seorang lelaki telah ditembak mati selepas merampas sepucuk pistol milik askar di Lapangan Terbang Orly di Paris. Askar ditempatkan di situ bagi melindungi kawasan yang berisiko tinggi diserang ekstrimis Islam. Pihak Berkuasa Perancis menyatakan sebahagian dari lapangan terbang sudah dikosongkan dan para penumpang tidak dibenarkan untuk meninggalkan pesawat.
Menurut BBC, tindakan tersebut diambil selepas saksi mendengar tembakan dilepaskan. Operasi keselamatan diteruskan dengan penglibatan pakar pemusnah bom untuk memeriksa sekiranya terdapat sebarang bom ditanam di lapangan itu. Dalam kejadian bulan lepas, seorang lelaki lain telah mengacukan pisau pada seorang askar di Muzium Louvre sebelum kemudiannya ditembak dan mengalami kecederaan. -CARI
|
21
Bagus |
27
Marah |
14
Terkejut |
28
Sedih |
15
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT