Sebuat sahaja tentang lipas pasti ramai antara kita sudah berasa geli dan jijik. Apatah lagi jika melihatnya depan mata, memang sakit hati dan akan dibunuh serta merta.
Namun kini anda harus menerima serangga ini seadanya kerana ia mungkin akan menjadi makanan di masa hadapan. Pelik? Tidak, kerana dua orang saintis yang berasal dari Brazil ini berjaya menghasilkan roti yang diperbuat daripada lipas. Berbeza dengan pembuatan roti biasa yang menggunakan tepung gandum, Andressa Lucas dan Lauren Menegon, pelajar di Federal University of Rio Grande berjaya menghasilkan resipi roti dari lipas.
Portal Natorama menyatakan, cara untuk menghasilkannya adalah dengan menggiling lipas dan menghancurkannya sehingga menjadi tepung. Secara saintifik, serangga ini memiliki kandungan protein tertinggi iaitu sehingga 70 peratus. Lipas juga mengandungi asid amino, lipid dan lemak yang baik. Jadi, roti lipas ini adalah lebih baik bagi menjaga diet dan pemakanan yang seimbang. Jangan risau dengan kualiti kebersihannya, kerana lipas yang digunakan dibiakkan dengan standard kebersihan yang tinggi malah memiliki penternakan khasnya yang tersendiri. Jadi bagaimana, ada sesiapa yang sanggup mencubanya? -CARI
|
21
Bagus |
36
Marah |
29
Terkejut |
24
Sedih |
26
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jadi, roti lipas ini adalah lebih baik bagi menjaga diet dan pemakanan yang seimbang.
DeeHanania replied at 20-3-2017 08:12 AM
Wlpn lipas dbiakkan gan standard kbersihan,tetap jijik...wlpn kita suka lipas
ADVERTISEMENT