Berdepan pasangan yang melakukan curang, sememangnya suatu pengalaman yang amat menyakit hati buat sesiapa pun. Di Melbourne, Australia, seorang wanita berusia 26 tahun bertindak mengadakan jualan terbuka, menawarkan barangan milik bekas teman lelakinya dengan harga murah selepas memutuskan hubungan akibat mendapati teman lelakinya itu bersikap curang.
Difahamkan aktiviti jualan itu diadakan di kediamannya di Yarra Selatan, tenggara Melbourne, Isnin lalu dengan menggantung poster berbunyi: “Bekas kekasih curang. Semua mesti dijual!” Memetik laporan Daily Mail, pelajar universiti itu berkata, tindakannya itu adalah cara dia membalas dendam terhadap lelaki berkenaan. Antara yang dijual ialah pakaian, kasut, permainan video, filem, kelengkapan senaman, buku dan beberapa lagi. Menurutnya, wang hasil jualan itu akan digunakan untuk dia melancong ke luar negara.- CARI
|
14
Bagus |
8
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
14
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hzln replied at 22-3-2017 12:36 PM
Kat ebay pernah ada pompuan ni lelong spenda bopren dia ka skendel bopren dia, tak berbasuh punya ka ...
ADVERTISEMENT