Tiada yang mampu mengatasi hidangan lazat disediakan dengan penuh kasih sayang oleh ibu-ibu kita, dengan sajian istimewa keluarga yang menceriakan kita selepas penat seharian. Coca-Cola dan Media Prima menzahirkan penghargaan kepada wanita paling penting dalam kehidupan kita dan dengan bangganya menampilkan Dapur Bonda, satu program bersepadu yang menggabungkan hiburan, penglibatan penonton dan sumbangan komuniti.
Dapur Bonda akan disiarkan di NONA, salah satu daripada program gaya hidup popular paling lama bersiaran di TV3 dan segmen “Petang Di Kool” di Kool FM. Setiap episod akan mengetengahkan seorang selebriti tempatan yang berkongsi mengenai kenangan masakan ibu yang menjadi kegemaran masing-masing sebelum menyajikan hidangan yang menjadi kejutan buat ibu mereka. Bintang yang bakal menjayakan rancangan ini termasuklah Syafiq Kyle, Aiman Hakim, Hafidz Roshdi, Aiman Tino & Amar Bahrin. Semua lima selebriti bakal menyediakan penghargaan buat ibu mereka dengan hidangan yang dimasak bersama Chef Fikree. Untuk pilihan menyegarkan, para penonton turut diundang untuk mencalonkan ibu – sama ada ibu mereka sendiri atau ibu rakan mereka, isteri mereka malah diri mereka sendiri – untuk kunjungan mengejut oleh Coca-Cola dan kru Dapur Bonda Media Prima, apabila Chef Fikree dan selebriti tersebut akan memasak hidangan lazat untuknya dan keluarga serta komuniti. Untuk menambah suasana perayaan, juruhebah Kool FM, Liza akan memeriahkan acara dengan permainan dan hadiah ketika trak Coca-Cola menyediakan minuman menyegarkan untuk melengkapi hidangan tersebut. Seorang pemenang akan dipilih mulai Mei ini, untuk dilawati kru Dapur Bonda. Pencalonan boleh dibuat di laman web Kool FM mulai 10 April 2017. Apa yang perlu dilakukan adalah menghantar cerita mengenai ibu yang layak untuk diberi penghargaan. Sama ada ia ibu anda sendiri, ibu rakan anda atau anda sendiri ingin dikunjungi, hantarkan kisah anda kepada Laman Web Kool FM. “Sajian yang dimasak di rumah sering membawa kenangan masa kecil kita dan kenikmatan sajian keluarga. Dan apabila kita kian dewasa, kita pula akan mencipta kenangan untuk anak-anak dengan menyediakan sajian kegemaran keluarga atau sajian baru. Menerusi Dapur Bonda, Coca-Cola ingin menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh golongan ibu di luar sana,” kata Lim Kean Yew, Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu, Singapura-Malaysia, The Coca-Cola Company. Nini Yusof, Pengarah, Studio 8, Pemasaran & Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, “Jalinan usaha sama dengan Coca-Cola ini menampilkan suatu integrasi yang unik hasil gabungan kekuatan, keupayaan dan saluran media meluas yang dimiliki oleh Rangkaian Televisyen Media Prima. Bukan sekadar menawan dan menghiburkan penonton televisyen dengan kandungan berkualiti tinggi, malah ‘Dapur Bonda’ mampu membawa penonton ke saluran dalam talian dan aktiviti on-ground supaya mereka menerima pengalaman jenama yang menyeluruh.” “Inilah yang dikatakan sebagai pemasaran dalam dunia yang serba terhubung, atau ‘hyper-connected’. Di samping menyentuh emosi audiens, penglibatan jenama berkesan turut memerlukan saluran media yang tepat bagi mencetus pengalaman unik yang berkekalan. Hanya Rangkaian Televisyen Media Prima sahaja yang mempunyai kemampuan ini di Malaysia kerana kami menguasai capaian audiens terbesar menerusi rangkaian media kami yang inovatif,” tambah Nini. 5 episod Dapur Bonda akan disiarkan di NONA TV3 (Ahad pada jam 2.00 petang) pada 23 April, 2 Julai, 6 Ogos, 3 September, 1 Oktober; dan anda boleh mendengar Kool FM (Isnin pada jam 3 petang) pada 17 April, 3 Julai, 7 Ogos, 4 September dan 2 Oktober. |
12
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hotmak replied at 22-3-2017 03:59 PM
keciknya aiman tino ni
yokoono replied at 22-3-2017 03:32 PM
x sabar tgk peluh jantan Syafiq kyle & Aiman Hakim meleleh bile tgh masak
melnanzz replied at 22-3-2017 07:45 AM
Aku rak realise yang Aiman Tino ni kecik betul orangnya, sampai nampak group photo ni baru tahu dia ...
AppropriateNick replied at 22-3-2017 04:16 PM
kan..lazat gile shafiq kyle!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
yokoono replied at 22-3-2017 04:38 PM
ehhh tu meols punye ye. chuols amik dik eman tino je xnak ke?
AppropriateNick replied at 22-3-2017 05:10 PM
serius..aku jmpa bdk wicet rupa shafiq kyle..bapak ensem....tp die dh deactivate wicet dan aku lup ...
terpaku replied at 22-3-2017 03:36 PM
ADVERTISEMENT