Semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin belum masanya bagi penyanyi Hazama dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata apabila isterinya, Genervie Kam, 37, terpaksa dibedah selepas disahkan mengandung di luar rahim.
Memetik Harian Metro, Hazama, 33, berkata, Genervie dimasukkan ke pusat perubatan di Subang Jaya petang kelmarin selepas mengalami menstruasi tidak normal selama dua minggu. “Pada mulanya, kami gembira kerana doktor memaklumkan isteri mengandung. Namun, selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ia adalah pendarahan dalaman kerana isteri mengandung di luar rahim. “Doktor juga memaklumkan isteri perlu menjalani pembedahan dengan segera. Mujur saya cepat bertindak dengan membawa Genervie ke hospital. Ini kerana jika lambat ia boleh membawa maut,” katanya kepada Harian Metro.
Pun begitu, Hazama bersyukur kerana pembedahan berjalan lancar dan isteri berada dalam keadaan stabil. “Bagaimanapun, Genervie akan berehat di rumah selama dua minggu sebelum kembali bekerja. “Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Agaknya kerana kami sendiri belum bersedia untuk menimang anak lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada rezeki kami merancang untuk mendapat anak tahun depan,” katanya. Kesedihannya itu turut dikongsi di akaun Instagramnya. Semoga Hazama dan pasangan tidak berputus asa dan lemah semangat menghadapi ujian hidup. - CARI
|
13
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terpaku replied at 22-3-2017 05:47 AM
masuk tapi pakai mask
Lavender_Violet replied at 22-3-2017 01:52 PM
Busuknya ko Hazama
Tapi ko sharp shooter, baru nikah dah menjadi
ADVERTISEMENT