Penyanyi Hafiz Hamidun, 33, yang sering dikaitkan dengan spekulasi menjalin hubungan cinta bersama seorang ibu tunggal kini selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya itu petang semalam.
Memetik Harian Metro, majlis disempurnakan dengan ibu Hafiz, Laila Sarji, 64, menyarungkan cincin pada jari manis Joy Revfa atau Siti Arifah yang lebih mesra dengan panggilan Joy. Pasangan itu akan melangkah ke fasa seterusnya pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, manakala majlis persandingan akan dilangsungkan dua bulan selepas itu. "Ramai bertanya kenapa kami seolah-olah terburu-buru berkahwin kerana berkenalan dalam tempoh singkat. "Bagi saya, kalau sudah serasi kenapa perlu tangguh lama?" katanya kepada Harian Metro. Walaupun Joy sudah beberapa kali terkandas di medan percintaan, Hafiz yakin ibu tunggal kepada anak lelaki berusia tiga tahun itu merupakan jodoh terbaik buatnya. "Ramai mengutuk dan mengungkit kisah dulu Joy di media sosial, namun saya sedia terima dia seadanya. "Adalah tidak adil untuk saya menghukum masa silamnya dan paling penting dapat membimbing Joy ke jalan yang benar," ujarnya. Sebelum itu, pasangan berkenaan dipertemukan ketika menghadiri sebuah acara pada hujung Januari lalu. "Selepas mengenali hati budi masing-masing, saya melamar Joy dua kali menerusi panggilan telefon dan Whatsapp," katanya. Wah, sekejap sahaja pasangan itu mengambil masa untuk mengenali hati budi masing-masing ya. Tahniah buat pasangan, semoga segala persiapan pernikahan berjalan lancar. - CARI
|
21
Bagus |
10
Marah |
19
Terkejut |
32
Sedih |
12
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT