Mungkin ramai di antara kita yang sudah mempunyai banyak pengalaman temuduga kerja. Tapi rasanya tak semua orang mengetahui cara yang sepatutnya dilakukan ketika rundingan gaji dengan majikan. Sesi rundingan gaji adalah penentu sama ada apa yang anda mahukan dari majikan tercapai atau tidak. Jadi sekiranya diterima bekerja namun gaji yang ditawarkan oleh majikan tidak menepati kehendak anda, apakah yang perlu anda akan lakukan? Tenang saja, jangan cepat kecewa atau terus menolak tawaran kerja tersebut. Cuba dulu 3 tips berguna ini, dipetik dari blog.maukerja.my. 1. "Apa Yang Saya Boleh Lakukan Untuk Mendapat Gaji Sejumlah RMXXXX?" Majikan akan terangkan job skop yang perlu korang lakukan, kemungkinan di luar bidang kuasa. Ia bergantung kepada korang samada mahu terima atau pun tidak, jika mahu terima, pastikan korang buktikan kepada mereka bahawa korang boleh lakukannya dengan baik dan tunjukkan bahawa korang bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang majikan telah tetapkan.
2. Ketahui 'Benefit' Yang Pekerja Boleh Terima Cara lagi satu adalah dengan bertanyakan kelebihan yang korang akan peroleh jika bekerja disitu seandainya gaji tidak memberangsangkan (elaun, parking, kerja lebih masa). Ada segelintir syarikat yang beri gaji sedikit tetapi elaun tinggi, ada juga yang tidak memperuntukkan apa-apa kelebihan. Itu sebablah pentingnya untuk kita tanya, kerana ada majikan yang sengaja tidak memberitahu 'benefit' sewaktu temuduga. Kalau yang sediakan tu baguslah, kalau tak? Gigit kuku lah jawabnya, dah la gaji sikit, tak ada sebarang elaun lagi. 3. Terangkan Matlamat/Sumbangan Dalam Syarikat Ini Ini sesuai untuk mereka yang dah ada pengalaman, tunjukkan yang terbaik dalam diri korang kepada majikan berdasarkan kemahiran yang korang dah peroleh sepanjang korang kerja di tempat lama. Ya lah kan, salah satu tujuan nak tukar kerja baru mestilah nak 'upgradekan' gaji kan? Selamat mencuba! Semoga berjaya. - CARI |
14
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Star_el replied at 23-3-2017 05:24 PM
haha senanya mmg kekdg kelakar, sbb gaji org lama kt situ pun rendah. Dlm bidang aku ni mmg cara nk ...
ADVERTISEMENT