Kerap kali kita mendengar keluhan masyarakat tentang sikap ibu bapa yang tidak kisah atau tidak ambil peduli dengan kelakuan anak mereka di khalayak ramai.
Dek kerana terlalu leka bermain Facebook atau mempunyai pe'el tak boleh ditegur, memang payahlah. Yang susahnya adalah masyarakat sekeliling kerana ibu bapa sendiri tak boleh menegur perbuatan salah anak mereka. Seperti yang dikongsikan dalam laman Penang Kini, situasi yang berlaku di pejabat pos Gelugor itu sangat tidak wajar dan tidak boleh diterima. "Sikap ibu bapa yang tidak kisah apa anak nak buat, habis dinding pejabat pos dilukis, bakul sampah dipijak."
Itulah yang ditulis melalui perkongsian dua keping gambar menunjukkan kanak-kanak bertindak menconteng dinding pejabat pos dan juga perlakuan seorang budak memijak bakul sampah. Di mana agaknya ibu bapa kepada kanak-kanak ini? Adakah terlalu sibuk atau langsung tidak mempedulikan anak meskipun mereka melakukan kesalahan. Dan di mana pula pegangan masyarakat dahulu "melentur buluh biar dari rebungnya" dan juga "sayangkan anak tangan-tangankan""? Kebanyakan netizen yang memberi komen berkata ia berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri yang sama ada tidak mempedulikan anak mahupun langsung tidak boleh menegur anak mereka. "Anak itu tak salah, ibu bapa yang tak sedar dengan perkara seperti ini." "Sibuk main gajet sampai menganga tak nampak apa anak buat." Kesimpulannya, sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda tidak kiralah ketika dalam rumah mahupun di luar. Lebih-lebih lagi jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika di tempat awam. Tidakkah berasa malu? - CARI |
4
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 23-3-2017 10:16 PM
kadang bukan tak mo tegur..
tapi bila ditegur mak bapak nya pulak sentap lebih..
pastu up status k ...
munchkin replied at 23-3-2017 10:44 PM
Kejadian tahun lepas. Anak tu lagi besar dari budak pakai baju pink. Naik atas kaunter order dominos ...
ADVERTISEMENT