"Saya tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sejak menginap di sini lima tahun lalu. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik."
Pelakon dan pengacara Karl Shafek atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim berkata sedemikian selepas membuat laporan polis berhubung ugutan diterimanya daripada jiran yang mahu membakar rumah dan dua ekor kucing peliharaannya. Menurut laporan Harian Metro, jiran terbabit mendakwa dua ekor kucing peliharaan Karl membuang najis merata-rata di kawasan kondominium berkenaan. Karl bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, sebaliknya menegaskan kucing peliharaannya hanya tinggal di dalam rumah dan tidak berkeliaran di kawasan kejiranan itu seperti yang didakwa.
Malah, Karl mengakui tidak pernah bertemu dengan jiran terbabit dan dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak pengurusan kondominium berkenaan selepas jiran terbabit membuat aduan. “Pihak pengurusan memaklumkan jiran itu bukan saja mengugut untuk membakar kediaman dan dua kucing milik saya, malah ingin mengupah orang untuk memecah masuk kediaman saya. “Disebabkan ada unsur ancaman, pihak pengurusan kondominium menasihatkan supaya membuat laporan polis,” katanya. Karl membuat laporan di Balai Polis Bandar Sri Damansara, kira-kira jam 6 petang kelmarin. Jangan main-main, haiwan peliharaan pun mampu memporak-perandakan hubunngan sesama jiran. - CARI
|
14
![]() Bagus |
8
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
12
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imanda replied at 25-3-2017 01:49 PM
Kejadah jiran heols mrh sgt smp nk bakor rumah n kucing segala? Bjiran dgn gangster gamaknya
aleesyasofia replied at 25-3-2017 02:15 PM
mmg gangster agaknya.. sbb heshe bgtau yg jirannya tue mmg pernah pukul kucing sampai terburai per ...
jetonkepoh replied at 25-3-2017 02:33 PM
Akak memula baca news ni percaya la citer ni diknon. Tp bila tanya fonen yg duduk kat condo ni baru ...
Jorja replied at 25-3-2017 02:49 PM
Tau lah kucing tu haiwan kesayangan nabi..tapi cuba kalau jiran kau duduk condo ke teres bela anjing ...
sepitsiput replied at 25-3-2017 06:55 AM
wow panas thread ni.... dia feeling gabrielle solis ke nk beromen dgn jiran?
jetonkepoh replied at 25-3-2017 02:33 PM
Akak memula baca news ni percaya la citer ni diknon. Tp bila tanya fonen yg duduk kat condo ni baru ...
ADVERTISEMENT