Siapa sangka, seorang budak lelaki berusia 9 tahun tergamak membalas dendam terhadap seorang rakan sekelasnya, dengan meracunnya melalui minuman.
Memetik laman Stomp, kejadian di Jurong, Singapura itu menyaksikan budak lelaki tersebut memasukkan sabun pencuci tangan Dettol ke dalam air minuman si mangsa. Ini menyebabkan mangsa jatuh sakit, demam serta muntah-muntah selepas meneguk minuman tersebut. Difahamkan, budak lelaki tersebut kononnya ingin memenangi hati dan membantu membalas dendam seorang budak perempuan yang lain, lalu sanggup melalukan perlakuan tersebut terhadap mangsa yang merupakan rakan sekelasnya. Pada 22 Mac, budak lelaki tersebut mulakan rancangan membalas dendam dengan memasuki kelas pada waktu rehat. Dia kemudiannya memasukkan cecair Dettol itu ke dalam air minuman si mangsa tanpa sesiapa melihatnya. Tidak lama selepas itu, mangsa jatuh sakit dan pihak sekolah membenarkan ia pulang. Hal itu disedari oleh pembantu rumah si mangsa yang mendapati botol air itu penuh dengan buih sabun ketika mencucinya. Ketika itulah pihak sekolah ditanya tentang kejadian itu dan akhirnya budak lelaki itu mengaku salah dan meminta maaf kepada si mangsa. Menurut mangsa, di masih mengingati kata-kata budak lelaki itu kepadanya sebelum itu, "Aku akan racun kau sampai mati!" "Saya sangkakan dia bergurau, tak sangka dia sanggup meracun saya," ujar mangsa. Pun begitu, budak lelaki itu telah melawat mangsa sambil ditemani ibunya yang berusia 27 tahun, lapor The Straits Times. Ramai di kalangan netizen yang sukar menerima keadaan tersebut kerana ia dilakukan oleh kanak-kanak yang hanya berusia 9 tahun. "Hari ini dia masukkan sabun Dettol, bagaimana pula dengan masa akan datang?" "Semua bercakap tentang budak lelaki itu, sedangkan 'mastermind' adalah budak perempuan yang menyuruh dia membalas dendam itu." Kejadian seperti ini memang menakutkan kerana ia melibatkan keselamatan nyawa. Kepada ibu bapa, lakukan sesuatu agar anak-anak tidak mudah terpedaya dengan sifat negatif dan lebih teruk, terlibat dalam jenayah pada usia yang sangat muda. - CARI |
32
Bagus |
13
Marah |
40
Terkejut |
22
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
NekNgah replied at 27-3-2017 01:48 PM
Semoga dihantar kaunseling, masih terlalu muda.....
pearl.silver replied at 27-3-2017 05:55 AM
Pengaruh upin ipin dan boboiboi?
ADVERTISEMENT