CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menu Rare, Daging Tetel Masak Asam Pedas

27-3-2017 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19264| Komen: 18|Original author: Oleh: Adib Za


Daging tetel jika dimasak asam pedas atau pun kari, memang sangat sedap ya. Daging lembu yang juga didatangkan dengan cebisan lelemak dan juga urat ini memang berbeza dengan daging lain.


Kebiasaannya daging biasa dijual tanpa lemak, namun daging tetel sebaliknya. Sebab itu ia lebih enak dan terangkat punya. 

Pun begitu, ia tidak digalakkan diambil selalu kerana tinggi kandungan lemak. Namun, sesekali apa salahnya kan! Jom cuba resipi daging tetel masak asam pedas!

Foto: salamisimon1.blogspot.my
Bahan-bahan:

600 gram daging lembu
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
1 genggam daun kesum

1 camca teh lada hitam kisar
4 batang bendi
2 senduk nasi cili kisar
2 sudu rempah kari daging
3/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya


Bahan-bahan dikisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan diketuk shj:
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara membuat:

1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). 

2. Tumis serai, bahan-bahan kisar halus, bahan yg diketuk hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tambah cili kisar dan rempah kari dan masak hingga cili garing dan naik minyak. 

3. Tambah daging dan air asam jawa secukupnya. Masukkan bunga kantan, bendi dan perasakan garam dan lada hitam. Tutup tudung periuk.

4. Selepas mendidih, buka tudung periuk dan masukkan daun kesum dan tomato. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk lain. - CARI 


Kredit: Blog Iswatie
30

Bagus
22

Marah
14

Terkejut
20

Sedih
27

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 27-3-2017 04:08 PM
Bg sy,msk asam pedas daging tetel mmg terbaik n senang jumpa kt melaka.
Quote Themilo 27-3-2017 04:29 PM
allahu.. iols memang suka sangat dengan asam pedas tetel melaka..
Quote aldilla_zahraa 27-3-2017 04:52 PM
Edited by aldilla_zahraa at 27-3-2017 08:53 AM

Daging tetel ni buat masak lemak pun syahduuuuu. Campur pulak rebung
Quote Lorra2411 27-3-2017 04:53 PM
asam pedas daging tetel ni ada jumpa kat Dengkil. terbaik weh!
Quote greantea 27-3-2017 04:56 PM
dulu tetel ni mknn org miskin sbb saki baki dgg, lemak2, urat2. skrg daging tetel dah mahal sbb byk permintaan.
tapi asam pedas tetel mmg sedap
Quote dubuk 27-3-2017 05:40 PM
sedap makan dengan roti ni
Quote siskepoh 27-3-2017 06:30 PM
i love tetel. dapnya tetel kota laksamana
Quote DeeHanania 27-3-2017 06:59 PM
Edited by DeeHanania at 27-3-2017 08:06 PM

Masak asam pedas tetel berempah pun, bubuh daun limau bbnyk,sedap!!! Rindu nak balik Melaka!!!
Quote jazaa100 27-3-2017 09:13 PM
DeeHanania replied at 27-3-2017 06:59 PM
Masak asam pedas tetel berempah pun, bubuh daun limau bbnyk,sedap!!! Rindu nak balik Melaka!!!

Asam  pedas tetel berempah?...

Tlg bg resepi dikk....

Quote DeeHanania 28-3-2017 08:53 AM
Edited by DeeHanania at 28-3-2017 08:58 AM
jazaa100 replied at 27-3-2017 09:13 PM
Asam  pedas tetel berempah?...

Tlg bg resepi dikk....


Sama mcm resepi asam pedas tu, @jazaa100
Cuma dtambah bahan perencah lain seperti jintan manis,jintan putih,ketumbar&rempah kari skit, tumis smpai pecah minyak, masukkan asam jawa pekat,gan separuh tempat kat Melaka, bubuh kerisik skit sebagai pemekat kuah, tp kbnykkan org Melaka masak, bubuh daun limau lebih jek kasi wangi&belacan,kalo mane yg alergik,jgn bubuh,tp belacan tu jgak pnaik bgi lauk asam pedas,xde bubuh bunga kantan,sbb daun limau tu memang da wangi   
Quote ecstatic 28-3-2017 10:47 AM
da lama mak x masakkan asam pedas tetel ni sejak mak sakit.. nak masak sendri x reti haha.
Quote jazaa100 28-3-2017 12:27 PM
DeeHanania replied at 28-3-2017 08:53 AM
Sama mcm resepi asam pedas tu, @jazaa100
Cuma dtambah bahan perencah lain seperti jintan manis, ...

Terima kasih dik....

Harus mencuba ni...nmpak mnyelerakn
Quote JeNaB_PopPop 28-3-2017 01:30 PM
msk ksknsb nye asam pedas daging mmg sedaaappp sgt...xpernah jumpa sesedap mak akaknye asam pedas daging ni.....rindu lak tetibe...mak kaknab lama dh tak masak...harap anak2 je belikan makanan....
Quote Aishah-Liya 29-3-2017 06:49 PM
mcm best.....
Quote Cekla 1-4-2017 12:20 AM
lama tak buat..asam pedas tetel kalau makan dengan ikan masin atau telur asin..perghhh..2 pinggan kot makan nasi
Quote chazey 1-4-2017 06:23 PM
Rare pebendanya biasa jah lauk ni.  
Quote me12345 1-4-2017 10:37 PM
Lorra2411 replied at 27-3-2017 05:53 PM
asam pedas daging tetel ni ada jumpa kat Dengkil. terbaik weh!

Kat mana best kt dengkil tu?
Quote Lorra2411 2-4-2017 01:48 AM
me12345 replied at 1-4-2017 10:37 PM
Kat mana best kt dengkil tu?

Kafe Kayu Asam Pedas. Dengkil, cuba google.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037490 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top