Tak jemu rasanya bila memandang wanita yang sentiasa nampak cantik dan pandai berfesyen. Lagi kagum bila sudah berusia pun masih kekal muda macam anak dara, silap-silap lebih menawan lagi.
Macam wanita berasal dari Itali yang dikenali sebagai Zaklina ini, jangan terkejut ya sebab dia sebenarnya sudah mempunyai dua orang cucu. Sudah bergelar nenek, tapi penampilannya memang hebat , tidak hairan jika dia popular dan menjadi bintang Instagram dengan beratus ribu pengikut.
Menurut The Sun, wanita elegan berusia 47 tahun ini suka tinggal di negara berlainan termasuk Switzerland, Perancis dan Poland. Bukan sahaja suka menampilkan foto diri sendiri, Zaklina juga sering menampilkan kedua-dua cucunya yang comel dan turut bergaya. Dengan menggunakan nama sebagai @realfashionist di instagram, Zaklina mempamerkan keunikannya dalan berfesyen dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Ditambah dengan kelebihan bentuk tubuhnya yang memang langsing, mesti ramai wanita di luar sana rasa cemburu bila melihat nenek ini kan? -CARI |
11
Bagus |
17
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT