CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Nazak, Mael XPDC Cuma Dapatkan Rawatan Gout Di Hospital

29-3-2017 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20622| Komen: 120|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Memang benar dia dimasukkan ke hospital tetapi yang mengatakan dia sedang nazak sama sekali tidak benar."

Siapa kata vokalis XPDC, Mael dalam keadaan nazak? Berikutan khabar angin yang menjadi bualan ramai itu, pengurusnya, Yazid berkata Mael hanya mendapatkan rawatan penyakit gout di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor hari ini (Rabu).



Foto: The Star

"Mael sedang mendapat rawatan di wad kecemasan kerana diserang penyakit gout dan keadaannya tidak membimbangkan.

"Dia cuma ditahan doktor untuk dimasukkan air kerana badan Mael agak lemah," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Yazid ketika ini masih belum dapat memastikan sekiranya Mael akan terus ditahan di hospital atau dibenarkan pulang selepas keadaannya bertambah baik.


"Saya kini tidak berada dengannya dan hanya mendapat perkembangan situasi Mael menerusi perbualan telefon bersama rakan Mael yang menemaninya di hospital.

"Rakannya memberitahu Mael berada dalam keadaan baik tetapi tidak pasti sama ada dia akan terus ditahan di hospital atau pun tidak," katanya.


Foto: Utusan Online

Menurut Yazid, sudah setahun Mael Menghidap penyakit berkenaan. Namun, penyakit itu menjadi bertambah teruk mungkin kerana Mael terlalu sibuk dengan persembahannya.

Terdahulu, media sosial dibanjiri dengan khabar angin kononnya Mael berada dalam keadaan nazak selepas ditemui rebah tak sedarkan diri

Laju saja ya khabar angin tersebar. Apapun, semoga Mael segera sembuh dan kembali membuat persembahan seperti biasa. - CARI
16

Bagus
8

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 29-3-2017 03:37 PM
kenapakah?

aritu masa heols jadi jemputan dalam gegarvaganza tu nampak tak sehat n kurus kering..
Quote mixed 29-3-2017 03:38 PM
semoga cpt sembuh
npk dia mmg bape nk sihat
Quote kuchenta_81 29-3-2017 03:39 PM
Katanya disebabkan gout
Quote wookiehoney 29-3-2017 03:39 PM
overdosed?
Quote kokocrunch 29-3-2017 03:39 PM
Moga cepat sembuh..
Quote haruslah 29-3-2017 03:43 PM
“Saya mendapat panggilan dari hospital kira-kira pukul 11.40 pagi tadi memberitahu bahawa Mael telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Difahamkan, Mael rebah ketika berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.

Menurutnya lagi, buat masa ini, anaknya, Syed Israfil telah dimaklumkan keadaan yang menimpa ayahnya dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar.

Mengulas lanjut, katanya lagi, vokalis itu tidak menghidapi sebarang penyakit serius selain gout.
Quote haruslah 29-3-2017 03:43 PM
...sambungan artikel.
Awat la slow tenet ai nih....
Quote manehnya 29-3-2017 03:48 PM
x tahu pulak mail ni keturunan syed...

baru tau
Quote chinta89 29-3-2017 03:51 PM
semoga baik2 aje..
Quote prettyuglybabe 29-3-2017 03:54 PM
gout sampai tak makan??
Quote harrypoter 29-3-2017 03:55 PM
gout ni bahaya kalau tak jaga betul2
boleh koma dibuatnya
Quote tasha 29-3-2017 03:58 PM
Pantang pun jgnlah sampai xmkn lansung..
Quote sukesuke 29-3-2017 04:00 PM
Ke kick terlebih smpai x selera nak mkn..
Quote jerukkedondong 29-3-2017 04:02 PM
Mael ada bini ke...
Quote paz 29-3-2017 04:11 PM
Lately banyak jumpa orang kena gout. Semoga cepat sembuh.
Quote ad_hoc79 29-3-2017 04:14 PM
gout boleh hilangkan selera makan ke... sbb dia takut nak makan sbb tgh sakit akibat gout tu
Quote RatuDunia94 29-3-2017 04:14 PM
Ambik barang ke?
Quote Peliktapibusuk 29-3-2017 04:28 PM
Innalillah
Quote doubleA 29-3-2017 04:33 PM
mael ni duduk sorang ke dengan family kat rumah tu?

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.101709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top