CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muat Naik Kad Jemputan Di Instagram, Faye Kusairi Dah Nak Kahwin?

30-3-2017 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2491| Komen: 0|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sebelum ini nama Faye Kusairi hangat diperkatakan disebabkan kontroversi percintaannya dengan pengarah Azmi Hatta.

Baru-baru ini dirinya menjadi perhatian kembali selepas dikatakan memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan di akaun Instagram.


Walau bagaimanapun, gambar yang menunjukkan ibu bapanya yang sedang menyusun kad jemputan itu dianggap sebagai salah faham peminat sahaja.

"Kad jemputan itu adalah undangan sambutan hari lahir anak saudara saya yang bakal diadakan pada 7 April ini. Saya belum lagi nak berkahwin. Lagipun belum ada sebarang tarikh ditetapkan. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini," katanya kepada Harian Metro.


Tambahnya lagi, dia tidak akan merahsiakan perkahwinan kerana mahu perkara baik untuk dikongsi dengan umum.

Foto: IG Faye Kusairi
"Insya-Allah, seandainya sudah ada tarikh yang sesuai untuk diijabkabul, saya akan umumkan kepada rakan-rakan media dan peminat. Biarpun sebelum ini saya jarang berkongsi hal peribadi, tetapi selepas apa yang berlaku saya fikir lebih baik saya kongsikannya." 

Kalau begitu doakan sahajalah yang baik-baik untuk diri Faye dan pasangan ya. -CARI

Foto: IG Faye Kusairi
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.066462 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top