Stesen BBC melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan permintaan kerajaan Korea Utara iaitu mayat Kim Jong-nam dihantar balik ke Korea Utara. Ketika BBC menyiarkan berita tersebut, Najib turut membuat pengumuman di laman Facebook rasminya bahawa sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara telah dibenarkan pulang ke tanah air pada hari Khamis. Tambah beliau, kesemua mereka berlepas dari Pyongyang kira-kira pukul 7.45 malam waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi Jumaat.
Pada masa sama, Najib turut memaklumkan, kerajaan turut membenarkan warga Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia. Februari lalu, Kim Jong-nam iaitu abang kepada peminpin Korea Utara Kim Jong-un telah dibunuh di negara kita, dan hubungan antara negara kita dengan Korea Utara menjadi tegang akibat kes pembunuhan tersebut. - CARI |
28
Bagus |
31
Marah |
21
Terkejut |
21
Sedih |
33
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hanakikan replied at 30-3-2017 11:01 PM
family si mati tak tuntut mayat ke. kalau dituntut kenapa bagi kat kerajaan korea utara
jazaa100 replied at 30-3-2017 10:36 PM
Dia nk buat apa lah dgn mayat Jong-mam tu ek....
Harap dorang semadikn lah secara baik...
dani-rox replied at 31-3-2017 02:49 AM
Mohon NK jgn lupa sedut balik pancaran radiasi
ADVERTISEMENT