CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipercayai Dibela Oleh Monyet, Gadis Mogwli Ditemui Di Kawasan Hutan

7-4-2017 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11099| Komen: 43

India, sebuah negara 1.1 bilion manusia memang penuh dengan kejadian aneh.

Baru-baru ini, penduduk India heboh dengan penemuan seorang gadis berusia lapan tahun yang berkelakuan seperti monyet.


Memetik laporan Daily Mail, kanak-kanak perempuan itu hidup dan dibesarkan oleh monyet, sehingga ia tidak dapat berjalan ataupun bercakap seperti manusia.

Gadis yang diasuh monyet itu kemudian diberi nama Mogwli, seorang anak manusia yang dibesarkan binatang di dalam hutan liar dalam novel The Jungle Book karya Rudyard Kipling.

Anak yang dilaporkan berkomunikasi dengan berteriak seperti monyet dan berjalan dengan cara merangkak itu mulanya ditemukan polis di taman terpencil di Bahraich, Uttar Pradesh, India utara.

Jurucakap polis tempatan Suresh Yadav, menemukan kanak-kanak itu ketika membuat pemeriksaan rutin sekitar dua bulan lalu.


Katanya, mengikut pengamatan beliau kanak-kanak itu kelihatan amat selesa dalam kalangan monyet di Katarniaghat Wildlife Sanctuary, dekat perbatasan dengan Nepal.

Polis kemudian membawa anak itu ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan.

Setelah itu, Mogwli mulai memperlihatkan perubahan meski belum sepenuhnya.

“Gadis itu ditemukan dua bulan lalu, makan dan berjalan seperti haiwan, dan melarikan diri ketika melihat manusia. Dia memiliki tanda di kulitnya, tampak seperti dia telah hidup dengan haiwan untuk beberapa waktu. Sekarang dia lebih baik dan sihat,” kata ketua Jabatan Kesihatan DK Singh.

Doktor yang merawatnya berkata, gadis Mogwli itu masih sering marah dan juga masih makan langsung dari mulutnya dan berjalan seperti binatang, menggunakan tangan dan kakinya serentak.- CARI





sumber foto: http://www.dailymail.co.uk



11

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awekjepun 7-4-2017 02:44 PM
Kesiannye..cmne la blh tersesat tinggal dlm hutan
Quote susukambingbest 7-4-2017 02:45 PM
Kesiannya. Msti anak yg dibuang kt hutan dlu. Moga dpt buat ujian dna n dpt bg hkuman pd makpak durjananya
Quote mieymiey 7-4-2017 02:47 PM
Di buang emak ayah dari kecil ker macamana?
Quote iusedtolikeyou 7-4-2017 02:47 PM
Ape ni..
Sedihnya....
She dont know she's a human
Quote manehnya 7-4-2017 02:52 PM
siannya dia... naseb baik monyet jaga elok, hidup lg budak tuh
Quote DeeHanania 7-4-2017 03:14 PM
Ksian yer,
Ambik masa tuk mnyesuaikan diri gan persekitaran...
Jgn bagi dia menghilangkan diri ke dlm hutan kembali...
Quote mehmet 7-4-2017 03:16 PM
Ke kena kidnap masa baby.
Quote xtahumenahu 7-4-2017 03:18 PM
berapa lama agaknya dia nak adapt hidup cam manusia
Quote hanisbunny 7-4-2017 03:18 PM
kesiannye..hrp die cpt adapt n survive dlm persekitaran yg sebenarnye..teringat plak citer seram MAMA..yg watak adik nama lily tu..lbh krg mcm ni la..tp yg tu hantu la bela n bg makan
Quote Simunggu 7-4-2017 03:22 PM
kasian....cari si @Defcon2
Quote lurve82 7-4-2017 03:24 PM
kesian...sedih lak tgk video tu...
Quote jlo 7-4-2017 03:30 PM
kesian hopefully dia bole adapt secepat mungkin
Quote namirulmukminin 7-4-2017 03:30 PM
Laba dulu mak pak dia buang dia dalam tong sampah temapt anjing liar berkeliaran.. Sebab tu perangai dia pon mcm anjing agaknya...

Kalu dibuang dalam hutan, mungkin perangai dia pon mcm monyet..
Quote CARI-LTS 7-4-2017 03:43 PM
India, sebuah negara 1.1 bilion manusia memang penuh dengan kejadian aneh.


Baru-baru ini, penduduk India heboh dengan penemuan seorang gadis berusia lapan tahun yang berkelakuan seperti monyet.


Memetik laporanDaily Mail, kanak-kanak perempuan itu hidup dan dibesarkan oleh monyet, sehingga ia tidak dapat berjalan ataupun bercakap seperti manusia.


Gadis yang diasuh monyet itu kemudian diberi nama Mogwli, seorang anak manusia yang dibesarkan binatang di dalam hutan liar dalam novel The Jungle Book karya Rudyard Kipling.


Anak yang dilaporkan berkomunikasi dengan berteriak seperti monyet dan berjalan dengan cara merangkak itu mulanya ditemukan polis di taman terpencil di Bahraich, Uttar Pradesh, India utara.


Jurucakap polis tempatan Suresh Yadav, menemukan kanak-kanak itu ketika membuat pemeriksaan rutin sekitar dua bulan lalu.


Katanya, mengikut pengamatan beliau kanak-kanak itu kelihatan amat selesa dalam kalangan monyet di Katarniaghat Wildlife Sanctuary, dekat perbatasan dengan Nepal.


Polis kemudian membawa anak itu ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan.


Setelah itu, Mogwli mulai memperlihatkan perubahan meski belum sepenuhnya.


“Gadis itu ditemukan dua bulan lalu, makan dan berjalan seperti haiwan, dan melarikan diri ketika melihat manusia. Dia memiliki tanda di kulitnya, tampak seperti dia telah hidup dengan haiwan untuk beberapa waktu. Sekarang dia lebih baik dan sihat,” kata ketua Jabatan Kesihatan DK Singh.


Doktor yang merawatnya berkata, gadis Mogwli itu masih sering marah dan juga masih makan langsung dari mulutnya dan berjalan seperti binatang, menggunakan tangan dan kakinya serentak.- CARI



[youtube]BUGootURgYY[/youtube]




sumber foto: http://www.dailymail.co.uk
Quote mawar_pink 7-4-2017 04:03 PM
cemane bdk ni blh ada dlm hutan?parents dia buang ke?kesian..
Quote saladin780 7-4-2017 04:16 PM
kalu tgk kat youtube..monyet ni dgn kucing pun dia gi rogol...harapnya tak la gadis ni diperlakukan sebegitu
Quote miemiecha 7-4-2017 04:17 PM
kesian nya...
mana lah kuarga dia...
Quote kentel 7-4-2017 04:17 PM
again da ade....

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1036843

woi tolong la buat research dulu
Quote Defcon2 7-4-2017 04:40 PM
Simunggu replied at 7-4-2017 03:22 PM
kasian....cari si @Defcon2

Marah ke bang kena troll dengan budak sekolah? Hehehehehe

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047553 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top